combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
QSR Brands, Yayasan JCorp Lahirkan 37 Graduan Berkemahiran Menerusi Program ADI
Kredit: QSR Brands
QSR Brands menerusi KFC Malaysia dengan kerjasama Yayasan JCorp terus memainkan peranan dalam membangunkan tenaga kerja masa depan apabila melahirkan 37 lagi graduan berkemahiran menerusi Program Akademi Dalam Industri (ADI).
QSR Brands dalam kenyataan memaklumkan inisiatif itu mencerminkan komitmen KFC Malaysia dalam menyediakan laluan kerjaya yang bermakna kepada golongan muda dengan menggabungkan pendidikan dan pengalaman industri secara langsung, sekali gus membolehkan pelajar memperoleh kemahiran praktikal sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kementerian Pendidikan Zulkernai Fauzi berkata program ADI ialah penanda aras terbaik bagi integrasi antara sektor industri dengan pendidikan yang wajar diperluas.
“Pelajar memperoleh pensijilan yang diiktiraf sambil menimba pengalaman kerja sebenar. Itulah hala tuju yang sedang kita usahakan bagi pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia.
“Kohort graduan terbaharu ini meneruskan kejayaan pengambilan sulung membabitkan 23 pelajar yang menamatkan latihan industri pada Mac 2025. Dengan itu, jumlah keseluruhan graduan ADI yang telah dilatih oleh KFC Malaysia kini meningkat kepada 60 orang,” katanya dalam kenyataan sama.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan JCorp Rozaini Mohd Sani dalam kenyataan sama berkata penyertaan dalam program ADI membuka peluang kepada golongan muda tanpa mengira latar belakang untuk membina keyakinan diri serta memperoleh kemahiran praktikal bagi menjamin masa depan yang lebih cerah.
“Sokongan berterusan daripada rakan strategik seperti QSR Brands mencerminkan komitmen bersama dalam membangunkan tenaga kerja masa depan Malaysia,” katanya.
Ketua Pegawai Sumber Manusia QSR Brands (M) Holdings Bhd Dr Sharifah Musainah Syed Alwi pula berkata kejayaan Kohort 2 membuktikan keberkesanan serta keupayaan program berkenaan dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran.
“Ia bukan sekadar menyampaikan sijil, sebaliknya memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang telah menjalani latihan di restoran sebenar, mengendalikan operasi serta menguasai kemahiran yang diiktiraf,” katanya.