BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permintaan Industri Terhadap Graduan Berkemahiran Tinggi Kekal Kukuh - UTM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Permintaan Industri Terhadap Graduan Berkemahiran Tinggi Kekal Kukuh - UTM​

6fad0f5be99c61732b406ba9d0f5e7606a3255c408269

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Tan Sri Dr Ali Selamat

Permintaan industri terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi yang terus berkembang menunjukkan statistik pengangguran negara tidak boleh ditafsir secara umum, sebagai gambaran sebenar kebolehpasaran graduan institusi pendidikan tinggi.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Tan Sri Dr Ali Selamat berkata statistik pengangguran yang sering menjadi perhatian masyarakat, perlu dilihat dalam konteks lebih menyeluruh kerana ia merangkumi pelbagai kategori individu daripada latar belakang pendidikan, umur dan status pekerjaan yang berbeza.

Beliau berkata persepsi bahawa peluang pekerjaan semakin berkurangan atau graduan semakin sukar memperoleh pekerjaan, perlu dinilai berdasarkan realiti semasa pasaran buruh dan perkembangan ekonomi negara.

“Perkembangan ekonomi negara terus mewujudkan permintaan terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam pelbagai sektor strategik.

“Justeru, isu yang dihadapi ketika ini bukan semata-mata berkaitan kekurangan peluang pekerjaan, sebaliknya lebih menjurus kepada keperluan memastikan tenaga kerja memiliki kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak industri,” katanya dalam kenyataan.

Ali berkata sektor seperti teknologi, kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, pusat data, tenaga boleh baharu, ekonomi digital dan pembuatan berteknologi tinggi terus berkembang pesat, serta mewujudkan permintaan tinggi terhadap tenaga kerja berkemahiran dan berpengetahuan.

Beliau berkata perkembangan itu, selaras dengan transformasi ekonomi negara ke arah ekonomi berasaskan teknologi, inovasi dan nilai tambah tinggi.

Ali berkata usaha berterusan UTM dalam memperkukuh pembangunan bakat dan kerjasama industri, turut membuahkan hasil apabila sebahagian besar graduannya berjaya memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian.

“Lebih membanggakan, sebanyak 84.7 peratus graduan tempatan UTM yang bekerja berada dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi melibatkan jawatan profesional, teknikal dan pengurusan yang menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register