BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar Tahfiz Teroka Potensi Baharu Menerusi ADI

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Pelajar Tahfiz Teroka Potensi Baharu Menerusi ADI​

5d08db0ed2d6187d04266d7555ad52276a8e4d119ceb7

71d79e6a52e87832c9adf8101a76ba446a8e4cf8ac4b4

3a1fcdb6cab9ee91c9323aa7c59e4b386a8da83137574

1a1afa94ab975562e27a9a09f5e8058e6a8da8237e4d0

Pelajar Tingkatan lima Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru Wan Sirajul Fawwaz Wan Mohd Nordin (kiri) bersama rakannya menjalani latihan amali pertanian menerusi program Akademi Dalam Industri (ADI) di Huffaz Agrofarm, Pasir Puteh.

Dunia pertanian yang dianggap kerja mencangkul, membuat batas serta mengotorkan tangan, kini dilihat berbeza oleh pelajar tahfiz selepas pengalaman mengikuti Akademi Dalam Industri (ADI) di Huffaz Agrofarm sekali gus membuka mata mereka terhadap nilai kemahiran praktikal dan peluang kerjaya.

Wan Sirajul Fawwaz Wan Mohd Nordin, 17, pada awalnya menganggap kerja pertanian sebagai sesuatu yang renyah, namun pengalamannya turun sendiri ke kebun menerusi latihan berkenaan telah mengubah persepsi dan mencetuskan minat terhadap aktiviti bercucuk tanam.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI Tahfiz Tok Guru) itu hanya pernah membantu bapanya memasukkan benih di rumah dan tidak mempunyai pengalaman melakukan kerja pertanian secara serius.

“Sebelum ini memang tidak pernah pegang cangkul. Di rumah pun tidak pernah buat, cuma ayah pernah ajar masukkan benih. Mula-mula hendak cangkul memang rasa berat, tetapi selepas lama dan belajar cara yang betul, rasa seronok pula,” katanya kepada Bernama baru-baru ini

Sepanjang mengikuti latihan, Wan Sirajul Fawwaz mempelajari kemahiran membuat batas, menanam, menabur benih serta menggunakan baja, termasuk terlibat dalam penanaman jagung dan timun bersama rakan.

Apabila tanaman itu mengeluarkan hasil, pengalaman tersebut memberikan kepuasan berbeza kepadanya kerana dapat melihat sendiri hasil usaha dilakukan.

 
Back
Top
Log in Register