hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Pura-pura tengok menu, tangan seluk beg tangan wanita
Kota Marudu: Polis sedang mengesan wanita, dipercayai mencuri dompet dengan menyeluk beg tangan wanita lain di sebuah restoran di sini.
Kejadian berlaku 12.30 tengah hari, 20 Julai lalu ketika mangsa yang juga pesara berusia 59 tahun hendak membayar di kaunter restoran berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, mangsa yang menyedari dompetnya hilang cuba mencari di kawasan sekeliling, namun tidak menemukannya dan mengesyaki dicuri.
Katanya, dia kemudian membuat laporan dan polis meneliti dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam kedai dan di luar premis berkenaan.
Semakan CCTV menunjukkan imej seorang wanita tidak dikenali telah berpura-pura melihat katalog menu sambil merapati mangsa di kaunter restoran.
"Suspek seterusnya menyeluk beg mangsa lalu mengambil dompet dan keluar dari restoran berkenaan," katanya dihubungi, hari ini.
Zairolnizal berkata, rakaman CCTV luar menunjukkan suspek terbabit berjalan ke seberang jalan menuju Proton Iswara warna putih yang sedang menunggu.
"Mangsa tidak cam suspek kerana ketika kejadian ramai pelanggan dan tidak menyedari kejadian.
"Kejadian itu menyebabkan mangsa kerugian RM2,500 termasuk wang tunai RM1,800," katanya yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Semalam, tular video berdurasi 52 saat memaparkan dua wanita sedang melihat katalog menu di sebuah restoran, sebelum seorang daripadanya dilihat menyeluk beg wanita di sebelahnya dan beredar.
Artikel