hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,483
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,483
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Lelaki berpura-pura tanya arah sebelum larikan kereta warga emas
Kulai: Seorang wanita warga emas berdepan dengan detik mencemaskan apabila kunci keretanya dirampas sebelum kenderaan berkenaan dilarikan seorang lelaki yang tidak dikenali pada petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian berlaku pada jam 3.15 petang semalam di parkir sebuah pasar raya di Taman Putri, Kulai.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa, seorang wanita berusia lingkungan 70-an, meletakkan kereta Perodua Viva berwarna biru gelap di tempat letak kereta sebelum berjalan ke pintu masuk pasar raya.
Menurutnya, ketika itu, suspek yang dipercayai seorang lelaki yang memakai pelitup muka menghampirinya serta berpura-pura bertanya arah.
Katanya, suspek kemudian bertindak merampas kunci kereta yang dipegang mangsa sebelum melarikan kenderaan milik mangsa.
"Akibat kejadian itu, mangsa yang kehilangan kereta terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM5,000.
"Sehubungan itu, satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/379A Kanun Keseksaan," katanya menerusi siaran media hari ini.
Beliau menyeru orang awam yang memiliki sebarang maklumat berkaitan kejadian ini supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di talian 07-663 2222 atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Arun Ramamoorthy di talian 013-333 2385.
Polis turut mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian terbabit.
Artikel