BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pemilik kedai emas sempat kejar suspek curi rantai emas RM5,000 sebelum lolos

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201





14219451346089501-393307.jpg

14219451346089501-393308.jpg


Pemilik kedai emas sempat kejar suspek curi rantai emas RM5,000 sebelum lolos



Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 1.20 tengah hari.

Beliau berkata, siasatan mendapati seorang lelaki datang ke premis itu berpura-pura mahu membeli seutas rantai tangan emas.

"Pemilik kedai kemudian mengeluarkan seutas rantai tangan emas dari rak pameran dan menyerahkannya kepada suspek untuk dilihat.

"Suspek bagaimanapun bertindak melarikan rantai berkenaan sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Bezza," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, pemilik kedai, Kamalul Hayat Redzwan, 32, berkata suspek dipercayai sudah merancang perbuatan itu kerana pernah datang ke kedai berkenaan Sabtu lalu.

"Suspek datang semula (hari kejadian). Saya melayan seperti biasa dan menyerahkan barang kemas itu untuk dicuba sebelum suspek tiba-tiba melarikan diri ke arah sebuah bank.

"Saya bersama abang ipar sempat mengejar suspek, namun lelaki itu berjaya melarikan diri sebelum memasuki kereta Perodua Bezza hitam bernombor pendaftaran RAS 6791 di hujung deretan kedai," katanya.

Kamalul Hayat percaya suspek tidak bertindak seorang diri kerana melihat seorang lagi individu di dalam kenderaan berkenaan.

"Saya sempat kembali ke kedai untuk mengambil motosikal bagi mengejar, namun suspek memandu secara melulu dan terus melarikan diri," katanya memaklumkan premis berkenaan mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan kejadian itu turut dirakam.


Sumber : Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register