hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,483
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,483
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
TERKINI: Perompak kedai emas meninggal dunia
Petaling Jaya: Polis mengesahkan seorang lelaki yang bersenjata objek tajam meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital selepas dipercayai ditembak pengawal keselamatan ketika cuba menyamun kedai emas di Seksyen 14, di sini, hari ini.
"Ya saya sahkan... akan buat post mortem. Apa-apa maklumat lanjut akan saya kongsikan nanti," katanya ringkas kepada Harian Metro.
Hari ini Harian Metro melaporkan, seorang perompak cedera selepas dipercayai ditembak pengawal keselamatan ketika cuba menyamun sebuah kedai emas di Seksyen 14, di sini, hari ini.
Tinjauan di lokasi mendapati kenderaan polis dan ambulans berada di lokasi kejadian kira-kira jam 11 pagi sebelum pasukan forensik dilihat tiba tidak lama kemudian.
Beberapa saksi yang ditemui mendakwa melihat individu berpakaian hitam menaiki motosikal masuk ke kedai terbabit sebelum mendengar bunyi letupan.
Difahamkan, polis tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian namun tidak dapat dipastikan keadaan suspek ketika ini.
Perompak kedai emas ditembak pengawal keselamatan
Suharmin Yusuf
Artikel