hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,485
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,485
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Pengawal keselamatan dipukul lelaki, maut akibat serangan jantung
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan yang diserang seorang lelaki di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Sentul, di sini, meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa jam selepas kejadian itu pada Isnin lalu.
Katanya, bagaimanapun mangsa enggan berbuat demikian kerana tidak boleh meninggalkan pos pengawal.
“Suspek kemudian bertindak agresif dengan menampar muka kiri, menumbuk dahi serta memijak badan dan kaki mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mengalami kecederaan ‘alleged assaulted sustained soft tissue injuries on head’.
“Tiada kesan kecederaan luaran pada mangsa dan mangsa kemudian dibenarkan pulang.
“Susulan itu, lelaki berusia 32 tahun ditahan pada jam 4.30 petang hari sama dan direman empat hari yang akan berakhir esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960,” katanya.
Bagaimanapun katanya, pada 9.30 malam hari sama, mangsa didapati tidak sedarkan diri di rumahnya di Jalan Ipoh, sebelum isterinya menghubungi ambulans untuk tindakan lanjut.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa kerana serangan jantung dan siasatan masih dijalankan,” katanya.
Artikel : Buletin Tv3