BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pengawal keselamatan diserang penyewa meninggal dunia

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201


14084829537983013-333559.jpg


Pengawal keselamatan dipukul lelaki, maut akibat serangan jantung



KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan yang diserang seorang lelaki di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Sentul, di sini, meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa jam selepas kejadian itu pada Isnin lalu.


Katanya, bagaimanapun mangsa enggan berbuat demikian kerana tidak boleh meninggalkan pos pengawal.

“Suspek kemudian bertindak agresif dengan menampar muka kiri, menumbuk dahi serta memijak badan dan kaki mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mengalami kecederaan ‘alleged assaulted sustained soft tissue injuries on head’.

“Tiada kesan kecederaan luaran pada mangsa dan mangsa kemudian dibenarkan pulang.

“Susulan itu, lelaki berusia 32 tahun ditahan pada jam 4.30 petang hari sama dan direman empat hari yang akan berakhir esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pada 9.30 malam hari sama, mangsa didapati tidak sedarkan diri di rumahnya di Jalan Ipoh, sebelum isterinya menghubungi ambulans untuk tindakan lanjut.


“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa kerana serangan jantung dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

Artikel : Buletin Tv3
 
Pengawal keselamatan diserang penyewa meninggal dunia


KUALA LUMPUR – Pengawal keselamatan yang diserang seorang lelaki di sebuah kondominum di Jalan Ipoh, Sentul di sini meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa jam selepas kejadian itu pada Isnin lalu.


"Bagaimanapun, mangsa enggan berbuat demikian kerana tidak boleh meninggalkan pos pengawal.

"Suspek kemudian bertindak agresif dengan menampar muka kiri, menumbuk dahi serta memijak badan dan kaki mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.


"Hasil pemeriksaan awal, mangsa mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian kepala namun tiada kesan luka luaran sebelum dibenarkan pulang selepas menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian, polis berjaya menahan suspek berusia 32 tahun kira-kira jam 4.30 petang hari sama.

Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 36 Akta Senjata 1960," katanya.

Menurutnya, pada jam 9.30 malam hari kejadian, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri di rumahnya di Jalan Ipoh.


"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat yang dijalankan pada Selasa.

Sumber : Sinar Harian
 
“ are you appa”
 
Cina oku bergaduh dgn india aceh-aceh tepuk tangan...
 
Are you appa.. are you appa.. tak pepasal kena tidor kat dalam. Silap-silap sekali dengan pakej 304 lagi.
 
Back
Top
Log in Register