BTC USD 81,493.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Puasa - Corak pemakanan yang baik ketika Ramadhan

IMG_20230405_203327_792.jpg


💧💧Pengambilan air secukupnya pada bulan puasa amat penting untuk menghindar dehidrasi. Malah, kekurangan air ketika berpuasa akan menjadikan seseorang mudah letih.

Air berfungsi menyokong fungsi penghadaman selain mengoptimumkan fungsi organ badan yang lain.

Pada bulan Ramadan, ramai individu muslim agak sukar untuk mengekalkan pengambilan 8 gelas air sehari. Oleh itu, bagaimana untuk membahagikan 8 gelas air dalam sehari? Ikuti tip yang dikongsikan.🥤🥤
 

Badan segar dan bertenaga ketika berpuasa dengan 4 langkah ini​

By Umi FatehahMarch 13, 20243 Mins Read

pexels-cottonbro-studio-7690843-768x512.jpg

Badan segar dan bertenaga ketika berpuasa dengan 4 langkah ini. - GAMBAR HIASAN COTTONBRO/PEXELS

RAMADAN adalah masa untuk kita mengisi setiap hari dengan beribadah kerana ganjarannya yang berlipat ganda.
Walau bagaimanapun, sekiranya sepanjang tempoh berpuasa itu anda kekurangan tidur dan tidak mengambil nutrien yang mencukupi, ia akan menjejaskan badan, berasa cepat letih dan sebagainya.

Keadaan cuaca panas pada ketika ini juga sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keadaan kesihatan kita ketika berpuasa. Oleh itu, penting untuk mengambil langkah yang betul bagi memastikan kita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menguatkan diri dari segi rohani dan fizikal sepanjang Ramadan ini.

Berikut adalah beberapa petua untuk membantu anda kekal sihat sepanjang Ramadan.

  1. Tingkatkan hidrasi
Minum air bukan satu-satunya cara untuk kita tingkatkan hidrasi. Dalam tempoh berpuasa, kita memerlukan segala jenis cara dan sumber untuk meningkatkan paras hidrasi dalam badan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh menjadi sumber penghidratan yang sangat baik. Pertimbangkan untuk mengambil tembikai, salad, timun, zucchini, saderi, tomato, limau gedang dan strawberi ketika bersahur atau berbuka.

Smoothie juga sesuai diminum pada waktu sahur dan boleh disesuaikan mengikut citarasa dan keperluan anda. Mulakan dengan bahan asas seperti susu, yogurt atau air kelapa.

Kemudian, masukkan buah, sayur, kekacang atau bijirin. Bergantung kepada apa yang ditambah, smoothie boleh memberikan penghidratan, antioksidan, vitamin, mineral dan protein, menjadikan ia minuman atau makanan yang tepat untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa.

  1. Pilih makanan yang betul
Garam dan gula yang berlebihan akan menarik air keluar dari sel dan menyebabkan badan terhidrat. Jadi memilih makanan yang betul untuk mengelakkan rasa dahaga adalah sama pentingnya dengan meningkatkan penghidratan.

Elakkan makanan tinggi kandungan lemak seperti makanan segera, bergoreng kerana kandungan natrium dalam makanan ini biasanya jauh lebih tinggi daripada makanan yang lebih sihat.
Tukar makanan masin lain seperti makanan berjeruk, makanan dalam tin, kacang masin dan keropok masin dengan makanan yang lebih segar dan berkhasiat.

Aplikasikan konsep yang sama untuk makanan bergula. Tukar minuman manis seperti soda, jus buah-buahan dengan gula tambahan dan air berperisa. Sebaliknya, ambil susu, buah-buahan dan sayur-sayuran.

  1. Jangan ponteng sahur!
Sahur dianggap sebagai hidangan utama untuk menyimpan banyak mineral serta vitamin yang akan memastikan badan kita sentiasa aktif dan sihat sehingga tiba waktu untuk berbuka puasa.

Sahur juga dapat mencegah rasa letih dan malas serta memberikan badan tenaga yang diperlukan untuk bekerja, belajar, beribadah dan melakukan tugas harian pada siang hari. Ia mengekalkan keseimbangan keseluruhan badan, terutamanya semasa berpuasa yang panjang.

Jadi, walaupun malas atau terlalu mengantuk, cuba paksa untuk bangun sahur dan makan makanan yang mudah sahaja. Satu biji kurma dan satu cawan susu atau air sudah memadai.

  1. Dapatkan rehat yang cukup
Kita semua mahu perbanyakkan ibadah sepanjang Ramadan, namun adalah penting untuk badan kita mendapat rehat yang cukup.
Sekiranya pada waktu siang hari anda berasa letih, lesu dan tidak mampu untuk meneruskan kerja, dapatkan tidur selama 20 minit. Cari tempat yang bersesuaian untuk anda melelapkan mata sekejap. Tetapkan masa bagi memastikan tidak terlajak tidur.

Cuba untuk tidak tidur lebih lama daripada 20 minit semasa tidur siang kerana badan anda akan memasuki tempoh tidur nyenyak. Ini akan menyebabkan anda bangun dengan rasa letih dan serba tidak kena. – RELEVAN

 

Nak Sahur Tapi Malas Masak? Ini 5 Menu Simple Yang Buat Perut Kenyang Lama!​


Bersahur adalah amalan penting ketika berpuasa kerana ia membantu tubuh kekal bertenaga sepanjang hari. Oleh itu, menu sahur yang dipilih memainkan peranan penting dalam memastikan perut berasa kenyang lebih lama dan mengelakkan rasa letih serta lapar yang melampau.

f04a213e-shutterstock_2121052499.jpg


Oleh kerana itu, memilih makanan yang betul untuk sahur bukan sahaja memudahkan ibadah puasa tetapi juga menyokong kesihatan tubuh.

Jangan asyik lihat menu berbuka puasa sahaja. Jom lihat pula menu simple untuk bersahur yang buat anda kenyang lebih lama.




Apakah yang dimaksudkan dengan bersahur?

7967fdc7-shutterstock_2121053006.webp
Sahur dengan menu tidak tepat akan membuatkan anda cepat lapar.

Bersahur ialah makan atau minum sebelum waktu Subuh sebagai persediaan untuk berpuasa sepanjang hari.


Ia bukan sahaja sunnah yang dianjurkan dalam Islam, tetapi juga satu langkah bijak untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Berbeza dengan menu berbuka puasa yang lebih tertumpu kepada mengembalikan tenaga selepas seharian berpuasa, menu sahur lebih memfokuskan kepada memberi rasa kenyang yang lebih lama dan mengelakkan dehidrasi.



5 menu sahur yang buat perut rasa kenyang lebih lama

Berikut adalah lima jenis makanan sahur yang boleh membantu mengawal rasa lapar sepanjang berpuasa:

#1. Menu simple: hanya oat dan susu



Oat adalah sumber serat larut yang membantu memperlahankan proses pencernaan dan membuatkan perut berasa kenyang lebih lama.

Gabungkan oat dengan susu atau yogurt untuk mendapatkan sumber protein dan kalsium tambahan.

Tip: Campurkan oat dengan buah-buahan segar dan madu untuk menambah rasa serta meningkatkan nutrisi.


#2. Telur rebus atau telur dadar

Telur kaya dengan protein dan lemak sihat yang membantu mengekalkan rasa kenyang lebih lama.

Ia juga mudah disediakan sebagai menu simple untuk sahur.

Tip: Buat telur dadar bersama sayur seperti bayam atau cendawan untuk menambah serat dan vitamin dalam menu anda.

#3. Menu sahur kenyang: roti gandum penuh dengan mentega kacang

Roti gandum penuh mengandungi karbohidrat kompleks yang memberikan tenaga secara perlahan-lahan.

Apabila disapu dengan mentega kacang, ia menjadi sumber protein yang baik untuk mengawal rasa lapar.

Tip: Pilih mentega kacang tanpa gula tambahan untuk lebih manfaat kesihatan.

#4. Kurma dan kacang, menu simple untuk anda

e93c14d8-shutterstock_2432986763.webp
Kurma adalah pemberi tenaga segera.
Kurma bukan sahaja memberi tenaga segera, tetapi juga kaya dengan serat yang membantu melambatkan rasa lapar.

Manakala kacang seperti badam dan walnut mengandungi lemak sihat yang menyokong fungsi otak dan tenaga tubuh.

Tip: Campurkan kurma dan kacang dalam smoothie untuk pilihan sahur yang lebih mengenyangkan.

#5. Sup ayam atau sup kacang kuda juga menu simple

Sup yang mengandungi protein daripada ayam atau kacang kuda boleh membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama kerana kandungan protein yang tinggi.

Sup juga membantu mengekalkan hidrasi dalam badan.

Tip: Tambahkan sayur-sayuran seperti lobak merah atau bayam untuk meningkatkan serat dan nutrisi.

Petua masakan menu sahur yang lebih mengenyangkan

Memilih makanan yang betul semasa sahur adalah penting, tetapi cara penyediaannya juga mempengaruhi rasa kenyang yang membolehkan anda bertahan sepanjang hari.

Berikut adalah beberapa petua untuk memastikan menu sahur lebih mengenyangkan:

  • Elakkan makanan bergoreng berlebihan: Makanan berminyak boleh menyebabkan anda cepat haus dan tidak memberikan tenaga yang berpanjangan.
  • Ambil protein dalam setiap hidangan: Protein membantu memperlahankan pencernaan dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama.
  • Minum air secukupnya: Kekal hidrat dengan minum air kosong, susu, atau jus buah semula jadi untuk mengelakkan dehidrasi sepanjang hari.
  • Kurangkan gula berlebihan: Makanan atau minuman yang tinggi gula boleh menyebabkan tenaga turun naik dengan cepat, lalu menyebabkan cepat lapar.

Pilih corak pemakanan anda sepanjang hari

Makan waktu makan utama sahaja (sarapan, tengah hari, malam)

Makan snek di antara waktu makan

Makan bila lapar

Sering terlupa makan
Mula semula
Kembali
Seterusnya

" data-event-label="https://hellodoktor.com/pemakanan/tips-lain/elakkan-dehidrasi-berpuasa/" style="box-sizing: border-box; padding: 0px; border: 0px; margin: 0px; font-size: 18px; -webkit-font-smoothing: antialiased; text-rendering: optimizelegibility; text-size-adjust: none; vertical-align: baseline; text-decoration: none; color: rgb(45, 135, 243); pointer-events: initial !important;">307e60a4-hhg_tipsminumair_igpost-01-scaled.jpgTip minum 8 gelas air sewaktu bulan puasa.



Kepentingan bersahur ketika berpuasa

Bersahur bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tetapi juga penting untuk kesihatan tubuh badan.

Antara kepentingan bersahur ialah:

#1. Mengekalkan tenaga sepanjang hari

Pengambilan makanan sahur yang seimbang membantu mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari dan mengelakkan keletihan melampau.

#2. Mencegah dehidrasi

Pengambilan cecair yang mencukupi ketika sahur membantu badan kekal hidrat sepanjang tempoh berpuasa.

#3. Membantu mengawal berat badan

Berbeza dengan anggapan sesetengah orang, tidak bersahur boleh menyebabkan metabolisme badan menjadi perlahan dan boleh menggalakkan peningkatan berat badan.

#4. Mengelakkan masalah penghadaman

Makanan yang kaya dengan serat seperti oat, buah-buahan, dan sayur-sayuran membantu melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan sembelit ketika berpuasa.

Kesimpulan

Memilih menu sahur yang sesuai boleh membantu mengekalkan tenaga dan mengawal rasa lapar sepanjang berpuasa.

Dengan memilih makanan yang tinggi serat, protein, dan lemak sihat seperti oat, telur, roti gandum penuh, kurma, dan sup, ibu bapa boleh memastikan anak-anak dan ahli keluarga mendapat nutrisi yang mencukupi sepanjang Ramadan.

Selain itu, amalan pemakanan yang betul semasa sahur juga membantu memastikan badan kekal bertenaga dan tidak mudah lesu.
Oleh itu, jangan sesekali tinggalkan sahur, dan pastikan pilihan makanan anda seimbang dan mengenyangkan!

 

Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!​


“Nak makan apa sahur nanti?” Mungkin anda juga terfikir perkara yang sama seperti kami, tercari-cari apakah menu untuk sahur pagi nanti.

shutterstock_1694942458.jpg


Ramai yang lebih gemar mencari menu sahur simple memandangkan kita biasanya tidak begitu bertenaga untuk memasak pelbagai jenis makanan pada awal pagi.

Apakah jenis makanan yang sesuai untuk sahur?

Menu untuk sahur disarankan terdiri daripada jenis makanan yang bersifat sederhana dan tidak terlalu berat yang mampu memberikan tenaga yang mencukupi sepanjang hari.


Oleh itu, antara menu sahur simple tetapi berkhasiat untuk tubuh anda ialah menu yang lambat dihadam oleh perut seperti karbohidrat kompleks.

Anda juga digalakkan minum banyak air sewaktu sahur untuk memastikan anda kekal hidrat selain membantu dalam mencernakan makanan yang telah dimakan.

Ini 7 menu masakan sahur simple untuk anda makan ketika sahur



Menu simple 1: Telur hancur simple




shutterstock_1035521626.webp



Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • Setengah biji bawang besar dan dicincang
  • 100 gram sayur campur
  • 20 gram isi dada ayam
  • 1 sudu mayones
  • Minyak masak untuk menumis

Cara menyediakan:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan dahulu bawang besar, sayur campur dan juga isi dada ayam sehingga masak.
  3. Kemudian, masukkan telur yang telah dipukul tadi ke dalam kuali.
  4. Jangan lupa letakkan sedikit garam sebagai perasa.
  5. Kacau telur menggunakan senduk sehingga menjadi ketulan. Angkat dan hidangkan bersama roti keping.




Menu sahur simple 2: Udang goreng bersama telur dan daun bawang

Bahan-bahan:

  • 300 gram udang yang telah dibuang kulit
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Setengah sudu teh serbuk lada sulah
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • 4 biji telur
  • 50 gram daun bawang (dipotong 3 cm)
  • 1 sudu makan susu segar
  • Sedikit minyak masak

Cara menyediakan:


  1. Bersihkan udang dan toskan. Kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan udang sekitar 5 hingga 10 minit. Ketepikan dahulu.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan campurkannya bersama susu segar, serbuk lada sulah dan juga sedikit garam.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan juga halia.
  4. Setelah itu, masukkan udang dan kacau rata sehingga udang separuh masak. Angkat dan ketepikan dahulu.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan telur. Kacau rata selama 1 minit.
  6. Kemudian masukkan udang yang telah ditumis tadi bersama-sama daun bawang yang telah dihiris.
  7. Kacau rata dan tutupkan api.
  8. Hidangkan bersama nasi putih.

Menu simple 3: Sambal sardin bersama telur

shutterstock_1697352160.webp
Sambal sardin sering menjadi pilihan menu sahur kerana mudah disediakan.
Bahan-bahan:

  • 1 tin kecil sardin
  • 4 biji telur
  • 50 gram lada giling
  • Setengah ulas bawang besar (dicincang)
  • 20 gram cendawan
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan asam jawa (dibancuh bersama air)
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit gula
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak

Cara menyediakan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng telur mata kerbau. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian, masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar bersama lada giling sehingga masak atau garing.
  3. Masukkan cendawan yang telah dihiris dan juga ikan sardin.
  4. Masukkan air asam jawa, gula dan juga garam mengikut citarasa.
  5. Masukkan sedikit kicap manis bersama daun sup. Tutup api, angkat dan tuangkan di atas telur mata kerbau tadi. Hidangkan bersama nasi.

Menu masakan sahur simple 4: Telur dadar gulung

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • Sebiji bawang merah
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan mayones
  • 50 gram sayur campur
  • Sedikit minyak masak

Cara menyediakan:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan hirisan bawang merah, sos cili dan juga mayones ke dalam telur. Kacau sehingga kesemua bahan menjadi sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali dan masukkan telur tadi.
  4. Goreng telur sehingga masak.
  5. Apabila telah masak, angkat dan ketepikan.
  6. Gulung telur tersebut dan hidangkan bersama nasi panas.

Menu masakan sahur simple 5: Nasi goreng cina

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi putih yang telah sejuk
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji telur
  • 100 gram isi ayam (dipotong nipis)
  • 100 gram isi udang
  • 100 gram isi sotong
  • 50 gram sayur campur
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak

Pilih corak pemakanan anda sepanjang hari

Makan waktu makan utama sahaja (sarapan, tengah hari, malam)

Makan snek di antara waktu makan

Makan bila lapar

Sering terlupa makan
Mula semula
Kembali
Seterusnya

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih.
  2. Masukkan telur, isi ayam, udang dan juga sotong. Tumiskan sehingga masak.
  3. Masukkan sayur campur.
  4. Masukkan nasi putih dan gaul sehingga rata.
  5. Tutup api dan angkat nasi goreng. Hidangkan.

Menu masakan sahur simple 6: Ayam pandan

shutterstock_1708528318.webp
Antara hidangan sahur yang mudah disediakan.
Bahan-bahan:

  • 5 ketul paha ayam
  • Setengah sudu makan serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan serbuk paprika
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • 5 helai daun pandan
  • Sedikit minyak masak
Cara menyediakan:

  1. Bersihkan paha ayam dan gaulkan bersama serbuk lada sulah, serbuk paprika, serbuk kunyit dan juga garam. Perapkan ayam sekitar 1 jam.
  2. Kemudian, balutkan ayam tersebut dengan daun pandan. Pastikan ia diikat kemas pada ayam.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut sehingga masak. Apabila telah masak, angkat ayam dan toskan.
  4. Hidangkan bersama nasi putih panas.



Menu masakan sahur simple 7: Sayur fat choy tumis tofu

Bahan-bahan:

  • 5 tangkai sawi hijau (dicuci bersih)
  • 1 keping tofu atau tauhu telur (dipotong tebal dan digoreng)
  • Setengah biji lobak merah (dihiris nipis)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu teh tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • 1 sudu minyak bijan
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit garam
Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga naik baunya.
  2. Masukkan hirisan lobak merah dan masukkan air. Biarkan ia mendidih.
  3. Kemudian, masukkan minyak bijan dan juga sawi hijau.
  4. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati.
  5. Masukkan tauhu telur yang telah digoreng sebelum ini. Kacau sedikit.
  6. Tutup api, angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Kesimpulan

" data-event-label="https://hellodoktor.com/pemakanan/kesan-minum-air-sejuk-semasa-berpuasa-ramadan/" style="box-sizing: border-box; padding: 0px; border: 0px; margin: 0px; font-size: 18px; -webkit-font-smoothing: antialiased; text-rendering: optimizelegibility; text-size-adjust: none; vertical-align: baseline; text-decoration: none; color: rgb(45, 135, 243); pointer-events: initial !important;">585e6117-174078938_2688144531446069_1934481870204605401_n.webpTips kekal hidrat semasa berpuasa.
Menyediakan menu masakan sahur simple tidaklah sesukar yang disangka.

Anda boleh sahaja mencuba menu mudah seperti yang dikongsikan di atas ini sebagai menu untuk sahur. Jangan lupa untuk minum air dengan mencukupi.

Untuk menjimatkan masa memasak di dapur, sediakan dahulu bahan-bahan untuk memasak menu untuk sahur sebelum anda tidur. Kupas bawang, keluarkan bahan makanan beku daripada peti ais dan siang sayur-sayuran selepas anda habis melakukan solat Tarawih.
Pasti esok anda tidak terkejar-kejar masa untuk menyediakan menu sahur anda. Selamat mencuba.
 

Attachments

Assalamualaikum amigosss!

hampa soq apa pagi tadi? aku mangkit 530am & makan soq simple aja bini masak;

- nasi sukatan 1 senduk
- telur dadar
- timun
- daging kisar masak bawang
- air kosong 2 gelas

kerja hari ni bnyk duduk ngadap pc kat ofis aja, tadi ada lah kluaq pi jumpa klien sat 1pm-3pm, sampai la ni aku tak rasa nk berak, cuma bnyk kencin aja sbb sejuk acond ofis

lps asaq blk rumah tak pikiaq nk mkn apa utk bukak posa, ada roti+teloq+kurma pun dah ok

sbb aku sgt tak suka pi sesak kat bazar romadon, lagi pun nk blk kerja cepat buleh rest sat paihtu senam sejam sblm bukak posa.

apa cadangan makanan sihat yg hampa plan utk bukak posa hari ni?
 
Pagi ni nasi lemak + sambal sardin + kurma + air kosong.

sahur tadi den makan nasik, sayur brokoli+cendawan, telor goreng, buah kurma & air putih

smlm tak jadi pie bazar remdan, den bukak poso dgn famili mkn free masjid negeri shah alam,
dapek 1 pek ; nasik putih, ayam goreng, sayur kobis, sambal blacan, kurma, donat & air mineral
 
Assalamualaikum amigosss!

hampa soq apa pagi tadi? aku mangkit 530am & makan soq simple aja bini masak;

- nasi sukatan 1 senduk
- telur dadar
- timun
- daging kisar masak bawang
- air kosong 2 gelas

kerja hari ni bnyk duduk ngadap pc kat ofis aja, tadi ada lah kluaq pi jumpa klien sat 1pm-3pm, sampai la ni aku tak rasa nk berak, cuma bnyk kencin aja sbb sejuk acond ofis

lps asaq blk rumah tak pikiaq nk mkn apa utk bukak posa, ada roti+teloq+kurma pun dah ok

sbb aku sgt tak suka pi sesak kat bazar romadon, lagi pun nk blk kerja cepat buleh rest sat paihtu senam sejam sblm bukak posa.

apa cadangan makanan sihat yg hampa plan utk bukak posa hari ni?

Waalaikummussalam
Pagi semalam ceq soq
1. 2 biji telo rebuih
2. 3 biji kurma
3. Roti taruk tuna 3 keping
4. Air kosong 3 gelas
 
Back
Top
Log in Register