BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pua nafi terbabit kontrak RM4.5 juta TH kepada syarikat

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Pua nafi terbabit kontrak RM4.5 juta TH kepada syarikat​

be2f6b00-tony-pua-051124.jpg

Tony Pua berkata pelantikan Cyber Village Sdn Bhd mempunyai merit kerana syarikat itu antara peneraju pasaran perbankan internet di Malaysia.

Bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP itu berkata beliau bukan lagi pemegang saham Cyber Village Sdn Bhd (CVSB) ketika kontrak berkenaan diberikan.

Menurutnya, beliau telah menjual sahamnya dalam syarikat itu pada 2007.

“Saya langsung tidak mempunyai kaitan dengan pemberian kontrak oleh TH kepada CVSB,” katanya dalam kenyataan kepada FMT.

Terdahulu, FMT melihat beberapa imej perjanjian kontrak bertarikh 31 Dis 2019 yang ditandatangani CVSB dan TH bagi menyediakan perkhidmatan dalam talian kepada institusi pengurusan dana haji itu.

Perkhidmatan berkenaan termasuk pembangunan laman sesawang dan aplikasi mudah alih.

Salah satu imej yang tular di media sosial memaparkan senarai pemegang saham CVSB, termasuk nama Pua.

Beberapa pengguna media sosial yang berkongsi imej itu mendakwa CVSB dimiliki syarikat perisian Silverlake Axis yang berpangkalan di Singapura dan dikawal oleh bukan Islam.

Menjawab dakwaan itu, Pua berkata CVSB merupakan antara peneraju pasaran perkhidmatan perbankan internet di Malaysia, justeru pelantikannya mempunyai merit.

“Silverlake Axis ialah syarikat Malaysia yang disenaraikan di Singapura,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register