afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,228
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,228
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Isu TH: Pemimpin Amanah sedia lawan Asyraf di mahkamah, nafi fitnah
Ismail Salleh berkata beliau sudah menjawab notis tuntutan daripada Asyraf Wajdi Dusuki berhubung hantaran Facebook mengenai Tabung Haji.
Ismail menafikan hantaran pada 24 Julai lalu memfitnah atau menjatuhkan reputasi Asyraf.
Katanya, beliau hanya berkongsi semula poster dijana kecerdasan buatan (AI) oleh pihak lain yang memaparkan beberapa individu memegang jawatan berkaitan TH antara 2014 hingga 2018.
“Saya tak tahu apa asas tuduhan beliau, jadi saya sedia lawan beliau (di mahkamah jika tindakan undang-undang diteruskan).
“Saya hanya gambarkan bahawa pada 2014 hingga 2017, itu adalah di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN),” katanya kepada FMT sambil menegaskan beliau tidak menuduh sesiapa.
Menurut Ismail, peguamnya juga berpandangan Asyraf tidak mempunyai locus standi atau kedudukan undang-undang untuk mengambil tindakan saman terhadapnya berhubung hantaran itu.
“Saya sudah menjawab surat tuntutan (LOD) itu pada 11 Ogos lalu,” katanya.
Sebelum ini, Asyraf memaklumkan beliau mengarahkan peguam menyerahkan LOD kepada dua pengguna media sosial yang didakwanya menyebarkan tuduhan tidak benar mengenai isu TH.
Beliau menegaskan tindakan itu menjejaskan nama dan reputasinya.
Selain Ismail, turut menerima LOD itu adalah pemilik akaun media sosial Abied Abdullah.
Beliau menuntut ganti rugi RM5 juta daripada dua individu yang didakwa memfitnahnya dengan mengaitkannya dalam isu TH.
Asyraf pernah menjadi timbalan menteri agama dari 2015 hingga 2018 bawah pentadbiran BN.