afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,223
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,223
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Jalaluddin nafi tuduhan agih wang kepada pengundi
Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias berdepan saingan calon PH, Umry Abdul Khois, dan calon Bersatu, Faizal Fadli Idrus di DUN Pertang. (Gambar Facebook)
Jalaluddin yang sedang mempertahankan DUN Pertang untuk penggal ketiga menjelaskan bahawa barang yang diagihkannya hanyalah butang pin bergambar karikatur dirinya sebagai sebahagian daripada bahan kempen, lapor Harian Metro.
“Ada pihak tidak bertanggungjawab menyebar gambar dan video kononnya saya memberi duit kepada pengundi.
“Ini tidak benar sama sekali dan saya anggap satu fitnah. Jika mahu digunakan sebagai modal kempen, hentikanlah,” katanya ketika berkempen di Kampung Kemin di Jelebu.
Jalaluddin berdepan saingan daripada calon Pakatan Harapan (PH), Umry Abdul Khois, dan calon Bersatu, Faizal Fadli Idrus.
Kerusi Pertang terletak di bawah kawasan Parlimen Jelebu, yang diwakili Jalaluddin sejak 2018.
Jalaluddin pertama kali memenangi kerusi Pertang pada 2013, namun tidak mempertahankannya dalam PRN 2018.
Beliau kembali bertanding di kerusi tersebut dan menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 2,790 undi pada 2023, ketika PH dan BN bertanding sebagai rakan sekutu.
Kali ini, BN bekerjasama dengan PN, manakala PH bertanding secara solo di semua 36 kerusi.