BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PSA Perkukuh Peranan Legislatif, Perkasa Jawatankuasa Pilihan Khas - Johari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PSA Perkukuh Peranan Legislatif, Perkasa Jawatankuasa Pilihan Khas - Johari​

d71204662d0cdbf686f49dd744c91b5e6a9fc4b0717e5

716af83cce66bba4b57fb83009a6e6c56a9fc4d8cf73c

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul bercakap kepada media ketika hadir pada Perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2026 hari ini.

Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) memberi ruang kepada institusi Parlimen memperkemas peranan legislatif, termasuk memperkukuh fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas dalam membantu kerajaan mengenal pasti kelemahan serta mendekati isu rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata pelaksanaan PSA mewujudkan suasana baharu selepas Parlimen berada di bawah eksekutif selama 33 tahun, sekali gus membolehkan institusi legislatif memainkan peranan yang lebih bebas dalam menyumbang kepada kemakmuran negara.

Beliau berkata menerusi 10 jawatankuasa berkaitan kementerian yang diwujudkan, setiap jawatankuasa dianggotai 12 Ahli Parlimen terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang yang tidak memegang jawatan menteri atau timbalan menteri.

“Mereka mempunyai terma rujukan yang luas dan kuasa di bawah Peraturan-Peraturan Mesyuarat untuk memanggil mana-mana pihak bagi sesi pendengaran berhubung isu yang dirasakan melibatkan rakyat atau kelemahan dalam pelaksanaan kementerian.

“Jawatankuasa ini akan membuat laporan dan cadangan yang kemudiannya boleh dibahaskan di Dewan Rakyat. Ini membolehkan pandangan dan cadangan mereka diberi perhatian serius oleh pihak eksekutif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia 2026 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sini hari ini.

Johari berkata pendekatan itu membolehkan sebarang kelemahan atau isu yang mungkin terlepas pandang di peringkat kementerian dikenal pasti lebih awal sebelum menjadi masalah yang lebih besar.

Beliau berkata sebelum ini keputusan besar banyak dibuat di peringkat eksekutif dan sekiranya berlaku kelemahan dalam pelaksanaan, ia boleh mencetuskan isu berpanjangan.

Selain itu, katanya, PSA turut memudahkan Parlimen merancang dan melaksanakan perubahan kerana keputusan berkaitan legislatif kini dibuat oleh speaker dan Parlimen, manakala menteri yang menjaga hal undang-undang dan Parlimen berperanan sebagai penyelaras.

 
Back
Top
Log in Register