BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RUU Asing Peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya Dirujuk Ke Jawatankuasa Pilihan Khas

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
c3a39acb8e653c9056f0a17ae9d29235699d391c8beaa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026 bertujuan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said membawa usul itu selepas bacaan kali kedua RUU berkenaan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan memperhalusi dan meneliti RUU tersebut.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan usul tersebut dengan dengan lebih suara bersetuju.

Azalina berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pindaan Perlembagaan Berkaitan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya itu akan meneliti RUU tersebut termasuk berkenaan mekanisme kawal selia Pendakwa Raya.

“Jawatankuasa Pilihan Khas ini akan mencadangkan apa-apa pindaan yang difikirkan perlu berhubung perkara tersebut serta menyediakan satu penyata yang mengandungi cadangan pindaan terhadap rang undang-undang ini dalam tempoh tiga bulan dan boleh melanjutkan tempoh sekiranya perlu,” katanya.

Azalina berkata jawatankuasa itu akan dianggotai beliau sendiri sebagai pengerusi selain 11 Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang.

Terdahulu, ketika membentangkan RUU itu bagi bacaan kali kedua, beliau berkata rang undang-undang berkenaan tidak memperuntukkan sebarang peranan secara langsung kepada Perdana Menteri dalam mencalon, menentukan atau menasihati pelantikan Pendakwa Raya.

Azalina berkata pindaan itu memperuntukkan pelantikan Pendakwa Raya akan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bicara Seri Paduka Baginda atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

“Ini merupakan satu bentuk semak dan imbang institusi yang berperlembagaan dan profesional, bukan semak dan imbang yang bersifat politik kepartian,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register