BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RUU Pisah Peranan Peguam Negara-pendakwa Raya Dibentang Bulan Hadapan - Azalina

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

RUU Pisah Peranan Peguam Negara-pendakwa Raya Dibentang Bulan Hadapan - Azalina​

8f2a64dcf6ade0177dc5af4e70dff8b56a0aaf8db1d6b

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada Sidang Media Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pindaan Perlembagaan Berkaitan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Bil. 6/2026 di Parlimen Malaysia hari ini.

Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan berkaitan  pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen bulan depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata draf pindaan RUU itu telah siap dan mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Pindaan Perlembagaan berkenaan pada mesyuarat kali keenam, hari ini.

"Kita telah membuat satu draf pindaan Perlembagaan yang saya lihat mungkin akan mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen, daripada pihak kerajaan dan juga pembangkang.

"Saya berharap apabila kita bawa pindaan ini, ia akan menjadi satu pindaan yang bersejarah kepada negara kita iaitu sejarah kewujudan peguam negara dari kemerdekaan sampai sekarang, kita wujudkan pemisahan (peranan) antara peguam negara dengan pendakwa raya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di sini hari ini.

Mesyuarat turut dihadiri Ahli Parlimen antaranya Ahli Parlimen Parit Sulong yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, wakil Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri serta Jabatan Peguam Negara.

Azalina berkata wakil pembangkang juga diminta untuk memberi sokongan kepada kerajaan terhadap RUU itu memandangkan pindaan tersebut akan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.

"Kita mahu memaklumkan kepada orang ramai bahawa inilah sebenarnya maksud reformasi institusi. Dengan mengambil kira dan memastikan bahawa fungsi AG-PP (Peguam Negara dan Pendakwa Raya) di negara kita dipisahkan.

“Saya berharap perubahan sejarah ini akan menjadi duluan baharu, satu set duluan baharu untuk negara kita untuk tahun-tahun akan datang," katanya.

Persidangan Parlimen dijadual berlangsung selama 16 hari bermula 22 Jun ini.

 
Back
Top
Log in Register