BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RUU Pengasingan Peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya: Libat Urus Bersama NGO Selesai - Azalina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
bcf6890215585be977e870384d7c3dc569cf63367ebbe

Datuk Seri Azalina Othman Said

Sesi libat urus bersama dengan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung  Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya telah selesai dilaksanakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata hasil cadangan menerusi sesi itu akan dibawa ke peringkat kedua Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat pada 9 April ini untuk dibincangkan.

"Mereka bagi pandangan untuk membuat pindaan pada draf asal... itu pandangan NGO dan pertubuhan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Persatuan Pendidikan Undang-Undang Komanwel (CLEA) di sini hari ini.

Azalina berkata beliau amat terbuka terhadap semua pandangan dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerimanya.

“Namun, kita mengamalkan prinsip demokrasi… yang penting dalam proses bermusyawarah ini, kita mencapai persetujuan bersama,” katanya.

Sebelum ini, beliau berkata Kerajaan MADANI bersetuju RUU berkenaan dan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang semula pada sidang Parlimen akan datang.

Pada 3 Mac lepas, Dewan Rakyat bersetuju RUU berkenaan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas, yang dianggotai Azalina sendiri sebagai Pengerusi serta 11 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang, untuk memberi ruang kepada semua pihak berkaitan memperhalusi dan menelitinya.

 
Back
Top
Log in Register