BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bacaan Kali Kedua RUU Pengasingan Peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya Ditangguhkan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Bacaan Kali Kedua RUU Pengasingan Peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya Ditangguhkan​

2ed1bd8a16bd1ea122e10cd6d7f6b2cf6a55e2d1a9327

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said

Bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat akan datang, bagi membolehkan kerajaan menyembah maklum cadangan pindaan itu kepada Majlis Raja-Raja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman memohon penangguhan tersebut menurut Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat selepas membentangkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas (Kertas DR 11 Tahun 2026) hari ini.

Beliau berkata langkah menyembah maklum kepada Majlis Raja-Raja itu diambil sebagai satu bentuk penghormatan tinggi kepada institusi Raja Berperlembagaan, selain memastikan proses reformasi perlembagaan dapat dilaksanakan secara tertib serta berhemah selaras dengan amalan perlembagaan negara.

Terdahulu, ketika membentangkan penyata berkenaan, Azalina yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas berkata kerajaan bersetuju membawa satu pindaan lanjut kepada Fasal 18 Perkara 145A bagi memperkukuh lagi peranan Parlimen dalam proses pelantikan Pendakwa Raya.

Azalina berkata di bawah cadangan pindaan lanjut yang telah dipersetujui Jemaah Menteri itu, nama calon Pendakwa Raya hendaklah terlebih dahulu dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk dibentangkan dan diteliti oleh satu Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat, sebelum Dewan Rakyat membuat syor kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP).

“Pindaan dibuat ini mencerminkan sifat terbuka Kerajaan MADANI dalam menerima apa-apa cadangan dalam semangat reformasi institusi yang berterusan.

“Saya turut mengambil maklum kenyataan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil bahawa pindaan ini bukan kemenangan bagi mana-mana pihak parti politik, sebaliknya merupakan satu kemenangan kepada kedaulatan undang-undang. Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan berkongsi pandangan tersebut,” katanya.

Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas dwipartisan yang dianggotai 12 Ahli Parlimen itu menggariskan tujuh syor utama termasuk mengesyorkan Pendakwa Raya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat SPKP tanpa dinasihati Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

Syor lain turut merangkumi penetapan tempoh jawatan Pendakwa Raya selama tujuh tahun sahaja tanpa sebarang pelantikan semula, kewajipan mengemukakan laporan tahunan di Parlimen serta pengenalan satu kod etika khusus, dengan pelanggarannya boleh menjadi asas tindakan pemecatan.

 
Back
Top
Log in Register