BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TikTok Perkukuh Ciri Keselamatan Digital, Perkasa Peranan Ibu Bapa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

TikTok Perkukuh Ciri Keselamatan Digital, Perkasa Peranan Ibu Bapa​

b9ab01b9012dacb63ed8390849e79c046a1033458e656

Wakil TikTok Malaysia, Ariff Zakaria, berkongsi pandangan semasa sesi perkongsian sempena Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama pengunjung di Tropics City Kuching, hari ini. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Platform video pendek global, TikTok mengukuhkan komitmen dalam mempertingkatkan ciri keselamatan platformnya melalui Garis Panduan Komuniti TikTok.

Pengurus Dasar Awam TikTok Malaysia Aliff Zakaria berkata TikTok turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan kandungan disiarkan mematuhi undang-undang negara serta menghormati sensitiviti adat budaya tempatan.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan komuniti globalnya, termasuk lebih 450 juta pengguna di Asia Tenggara dan rakyat Malaysia dapat menggunakan aplikasi berkenaan secara sihat, positif dan kreatif.

“Kami memiliki lebih 40,000 moderator multibahasa di seluruh dunia yang menguasai lebih 30 bahasa untuk menilai dan menyemak kandungan.

“Jika terdapat laporan mengenai pelanggaran undang-undang atau sensitiviti budaya, tindakan tegas akan diambil serta-merta,” katanya dalam sesi Perkongsian Tips Keselamatan Dalam Talian bersempena dengan Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Peringkat Daerah Kuching di sini, hari ini.

Mengulas tentang keselamatan golongan remaja, beliau berkata platform itu mengamalkan pendekatan "Keselamatan melalui Reka Bentuk" dengan menetapkan sekatan had umur yang ketat secara automatik.

“Pengguna di bawah umur 16 tahun dilarang sama sekali menggunakan ciri mesej langsung (DM), manakala fungsi memberikan atau menerima hadiah hanya dibuka kepada pengguna berusia 18 tahun ke atas bagi melindungi golongan bawah umur.

“Bagi mengimbangi masa skrin dan menangani isu ketagihan gajet, TikTok turut memperkasakan peranan ibu bapa menerusi ciri Family Pairing (Gandingan Keluarga),” katanya.

Aliff berkata melalui ciri Family Pairing itu, ibu bapa diberi akses kepada lebih 50 ciri keselamatan untuk memantau anak-anak seperti menetapkan had masa penggunaan TikTok, menyekat akses pada waktu makan keluarga dan mengawal jenis topik serta kata kunci yang boleh ditonton oleh anak mereka.

 
Back
Top
Log in Register