BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TikTok Jalin Kerjasama Dengan Content Forum Perkasa Ibu Bapa Melalui Latihan #ThinkTwice

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,773
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,773
Reaction score
289
Points
146
0afb9019890fa05671c6359472ba31f069cdd6597a57f

2a4f1329f1c7bd36487fa3d7cd1b0a0e69cdd64adb32d

3a39ef6a0377883ad8a357873afb50cf69cdd601afbb1

Kredit : TikTok Malaysia

TikTok memperluas inisiatif literasi digital menerusi pelancaran Latihan #ThinkTwice, iaitu bengkel untuk melengkapkan komuniti termasuk ibu bapa, pencipta kandungan, ahli akademik dan masyarakat dengan pengalaman praktikal mengenai keselamatan dalam talian.

Menurut TikTok, pelaksanaan inisiatif itu dibina berdasarkan penglibatan kukuh kempen #ThinkTwice di Malaysia, yang telah mencapai hampir 400 juta tontonan kandungan pendidikan serta lebih 1.4 juta kunjungan ke hab pengetahuan pelbagai bahasa.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan TikTok untuk membentuk komuniti dalam talian yang lebih bermaklumat. Bagi menandakan pelancaran sulung ini, kami bekerjasama dengan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Content Forum) serta Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE),” menurut kenyataan itu.

Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia Firdaus Fadzil berkata sukar bagi ibu bapa untuk mengikuti kepesatan teknologi, justeru TikTok mahu memudahkan kehidupan mereka menerusi pendekatan keselamatan secara reka bentuk.

Sehubungan dengan itu, TikTok menyasarkan untuk melaksanakan bengkel Latihan #ThinkTwice bersama pelbagai komuniti tempatan yang akan dianjurkan sepanjang tahun.

“Akaun remaja di TikTok mempunyai lebih daripada 50 tetapan privasi dan keselamatan pratakrif yang diaktifkan secara automatik. Latihan #ThinkTwice memberikan keyakinan kepada ibu bapa dengan membantu mereka menyesuaikan akaun remaja melalui ciri ‘Family Pairing’ hanya dengan beberapa langkah mudah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum Mediha Mahmood berkata kemahiran digital satu kemahiran hidup, dan apabila ibu bapa dilengkapi pengetahuan, alat serta pengalaman digital, maka komuniti dapat bersama-sama membentuk remaja yang berdaya tahan dan bertanggungjawab.

“Kita sewajarnya membimbing bukan menhalang; membolehkan mereka belajar navigasi dunia digital dengan sokongan serta perlindungan yang sewajarnya. Oleh itu, adalah penting platform digital menyediakan perlindungan serta alat intuitif yang membantu ibu bapa,” katanya.

Setiausaha Kehormat PAGE Tunku Munawirah Putra turut menyuarakan pandangan bahawa ekspresi kreatif amat penting dalam memupuk penemuan kendiri, meningkatkan keyakinan diri serta membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah.

 
Back
Top
Log in Register