combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,172
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,172
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian Dewan Rakyat, Cha Kee Chin (kiri) meneliti tanaman jagung ketika hadir pada lawatan kerja ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Titi Gantung yang mengusahakan jagung manis.
Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian Dewan Rakyat memulakan lawatan kerja tiga hari ke Perak dengan memberi tumpuan kepada sektor pertanian serta keterjaminan makanan negara.
Pengerusinya Cha Kee Chin berkata lawatan hari pertama memberi fokus kepada sektor pertanian di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), termasuk projek penanaman bawang di Sungkai yang dilihat sebagai inisiatif baharu namun berpotensi besar.
Cha yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata inisiatif penanaman bawang tempatan tercetus susulan gangguan bekalan import beberapa tahun lepas, sekali gus membuka ruang kepada pembangunan sumber domestik hasil usaha KPKM bersama agensi seperti Jabatan Pertanian dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
"Projek yang dilawati melibatkan kawasan kira-kira 1.2 hektar dan telah menunjukkan hasil memberangsangkan dengan lima kali kitaran penanaman dan tuaian. Saya difahamkan lebih banyak lagi kawasan akan dilaksanakan projek tanaman bawang di Perak.
"Tanaman ini masih baharu namun permulaan yang baik walaupun pengeluaran tempatan masih belum mencukupi dan sasaran KPKM adalah untuk mencapai sekurang-kurangnya 20 peratus pengeluaran tempatan menjelang 2030," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama bersama delegasi ahli Parlimen lain melawat Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Titi Gantung bagi tanaman jagung manis.
Mengenai tanaman jagung manis itu, beliau berkata pengeluarannya bukan sahaja memenuhi permintaan tempatan, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar serta golongan muda.
“Jika tidak diusahakan secara tempatan, kita akan terus bergantung kepada import yang menyebabkan aliran keluar wang negara,” katanya sambil menambah jawatankuasa itu komited menyokong usaha bagi memperkukuh keterjaminan makanan negara demi kepentingan rakyat Malaysia.
Cha berkata setiap lawatan kerja yang dijalankan akan disusuli dengan sesi libat urus bersama agensi berkaitan di Parlimen sebelum satu laporan rasmi disediakan dan dikemukakan.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Lawat Perak, Nilai Usaha Perkukuh Bekalan Makanan
Jawatankuasa Pilihan Khas, Cha Kee Chin, keterjam