BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Perkukuh Langkah Jamin Bekalan Makanan Negara - Mohamad Sabu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
570bcab5c0be7eefb92798370f07e45669e88fd322982

Kredit : FB Mohamad Sabu

Kerajaan akan terus memperkukuh langkah memastikan bekalan makanan negara kekal stabil dan mencukupi susulan krisis bekalan global yang semakin dirasai, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

“Kerajaan akan terus mengambil langkah yang perlu bagi memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi dan terjamin,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohamad berkata langkah itu termasuk menambah stok simpanan makanan, memperkasakan sektor makanan negara dan mempelbagaikan sumber bekalan.

Beliau turut menggesa rakyat agar mengamalkan sikap berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran sebagai langkah bersama dalam mendepani cabaran semasa.

Katanya kerajaan sentiasa memantau perkembangan semasa dan akan terus menjaga kebajikan rakyat serta memastikan kestabilan negara sentiasa terpelihara.

 
Back
Top
Log in Register