combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,402
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,402
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan makanan asas negara kekal terkawal dan mencukupi meskipun permintaan dijangka melonjak sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan yang bakal tiba.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata tiada laporan awal gangguan bekalan serius setakat ini kerana persiapan rapi telah dilakukan selain memantau rantaian stok secara berterusan dari peringkat pengeluaran hingga pengedaran bagi menjamin kesinambungan barangan asas di pasaran.
Beliau berkata kementerian juga memberi tumpuan kepada pemerkasaan pengeluaran domestik, penyelarasan logistik serta pelaksanaan program jualan terus kepada pengguna bagi menjamin akses kepada bekalan makanan tanpa kebimbangan terhadap kekurangan barangan keperluan di pasaran.
"Kerajaan melalui KPKM memberi jaminan bekalan makanan asas seperti ayam, telur, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah mencukupi dan stabil di seluruh negara bagi menampung keperluan sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan.
"Pemantauan data semasa menunjukkan sumber pengeluaran domestik stabil dan mampu menampung peningkatan permintaan bermusim. Kerajaan komited memastikan bekalan makanan asas negara sentiasa mencukupi dan stabil," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan berlakunya kekurangan bekalan sepanjang Tahun Baharu Cina serta persiapan menyambut Ramadan seperti dibangkitkan pengguna media sosial susulan tular penutupan premis oleh peniaga sempena perayaan itu.
Dalam usaha memperkukuh akses bekalan, beliau berkata KPKM melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) giat melaksanakan Program Jualan Agro MADANI (JAM) di seluruh negara sebagai langkah proaktif memastikan akses bekalan mencukupi sepanjang musim perayaan.
"Setakat 8 Feb, sebanyak 478 program JAM telah dilaksanakan dengan tawaran harga 10 peratus hingga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.
Stok Makanan Terkawal, Tiada Gangguan Bekalan - Mohamad Sabu
Ramadan, Tahun Baharu Cina, bekalan, KPKM, KPDN,