BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15: Tugas sukar buat Adam dan Fadhlina

sir_hepi

Active Member
Messages
2,136
Joined
Nov 30, 2018
Messages
2,136
Reaction score
509
Points
81
1667006222310.jpeg


Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek dan Ketua AMK Adam Adli bakal membuat penampilan sulung mereka pada PRU15 ini.

Menurut sumber, Fadhlina akan diletakkan sebagai calon bagi parlimen Nibong Tebal.

Dia berkemungkinan akan menghadapi penyandang kerusi itu Mansor Othman, 72 yang juga bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

Mansor adalah kegemaran untuk mengekalkan kerusinya berdasarkan kedudukan dan pengalamannya.

1d269141cd588a4d93f6274f689cc765.jpg


Bagaimanapun, reputasi Mansor (gambar, atas) telah terjejas susulan mengikuti langkah Azmin berpaling tadah daripada PKR pada 2020.

Fadhlina, 45, seorang peguam dan ahli Dewan Negara. Tempohnya sebagai senator akan tamat pada Ogos 2024.

Bagi Adam pula, dia akan diletakkan sebagai calon parlimen Hang Tuah Jaya di Melaka.

Dia akan menggantikan penyandang kerusi itu Shamsul Iskandar Md Akin (gambar, bawah) yang dikatakan bakal mencabar Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di parlimen Bagan Datuk.

841521626e4e6222295d6986cb19402e.jpg


"Rancangan awal adalah untuk Adam bertanding di kerusi Nibong Tebal, tetapi ini telah diubah.

"Sekarang, Fadhlina akan ke Nibong Tebal manakala Adam akan bertanding di kerusi Hang Tuah Jaya," kata sumber.

Fadhlina dan Adam ialah anak jati Pulau Pinang.

Hang Tuah Jaya dimenangi oleh Shamsul Iskandar pada 2018 apabila meraih kemenangan selesa menguasai 53 peratus undi, menewaskan pemimpin veteran Umno Melaka Mohd Ali Rustam.

Kerja keras

Bagaimanapun, pada pilihan raya Melaka 2021, empat calon Pakatan Harapan dalam kawasan Hang Tuah Jaya hanya memperolehi keseluruhan 40 peratus undi.

Oleh itu, Adam dijangka terpaksa bekerja keras dengan tugasan sukar mengekalkan kemenangan PH di kerusi parlimen itu.

Adam, 33, bekas aktivis pelajar yang mempunyai ijazah perguruan dan pernah bekerja untuk beberapa organisasi masyarakat sivil. Dia menyertai politik sepenuh masa tahun lepas.

PKR dijangka mengumumkan pencalonan Adam dan Fadhlina secara rasmi esok.

Pun begitu, kedua-dua pemimpin muda PKR itu ketika dihubungi Malaysiakinienggan mengulas mengenai pencalonan mereka, berkata mereka mahu menunggu pengumuman parti.
 
Si bahalol ni propa lebih.. kerja menghasut anak muda je.. tah apa kebaikan dia bawa pun tak tau lahhh.. garbage..
 
Adam adki ni upsi pun kantol. Boleh pulak jadi calon. Khinzir apa la pkr
 
Wah tahniah Adam berbaloi jgn ngn perjuangan ya teruskan ja
 
Back
Top
Log in Register