BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persaingan Politik Perlu Berteraskan Idea, Bukan Isu Agama - Fadhlina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Persaingan Politik Perlu Berteraskan Idea, Bukan Isu Agama - Fadhlina​

b3a60037e0d96899843fa2aec0031f2b6a7f06bb170b8

Ketua Wanita Keadilan, Fadhlina Sidek

Persaingan politik perlu berteraskan idea dan kemampuan menawarkan penyelesaian terbaik kepada rakyat, bukannya memainkan isu akidah serta agama, kata Ketua Wanita Parti Keadilan rakyat (PKR) Fadhlina Sidek.

Beliau berkata isu berkaitan agama perlu dihormati dan tidak seharusnya ditunggang demi kepentingan politik khususnya ketika menghadapi pilihan raya.

“Jangan hasutkan soal-soal akidah dan menunggang agama semena-menanya... kita hormat...  kita juga merasakan ruang yang ada ini adalah ruang untuk kita melebarkan dan bersaing dari segi idea, konsep siapa yang lebih baik dan sebagainya.

“Bukan berkempen saling memburukkan antara satu sama lain,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Wanita PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Fadhlina turut menyeru seluruh pimpinan dan anggota PKR supaya kembali mendekati akar umbi dengan memperkukuh hubungan bersama rakyat termasuk memahami keperluan masyarakat secara langsung.

Beliau berkata setiap lapisan pimpinan parti perlu peka terhadap keadaan masyarakat sekeliling dan mengambil tindakan membantu golongan yang memerlukan.

“Lihat-lihat rumah jiran, takut-takut ada banyak yang perlu dibantu... jadi, ini antara perkara yang juga mesti kembali sebagai asas kita dengan rakyat,” katanya.

Fadhlina turut mengingatkan anggota PKR supaya kekal setia dan yakin terhadap perjuangan parti walaupun berdepan pelbagai ujian serta cabaran.

Beliau berkata kekuatan parti perlu dibina melalui kerja keras dan kesiapsiagaan jentera di semua peringkat bagi memastikan perjuangan bersama dengan rakyat dapat diteruskan.

 
Benda ni akan habis selagi PAS (baca: Ayatullah Mullah Ruuhullah TGHH) x pegang Putrajaya. Bila PAS (baca: Mullah Ruuhullah Ayatullah TGHH) dah rasa realiti sebenar memerintah, waktu tu golongan atas pagar akan tahu realiti.
 
Back
Top
Log in Register