BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wawasan perlu buktikan ‘politik tengah’ bukan sekadar slogan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

Wawasan perlu buktikan ‘politik tengah’ bukan sekadar slogan​

30c37c3c-hamzah-zainudin-launch-parti-wawasan-fb-220626-1.jpg

Penganalisis berkata Wawasan perlu menjawab persoalan mengapa rakyat harus memilihnya sedangkan hampir semua parti utama sebelum ini turut mendakwa memperjuangkan politik sederhana, inklusif dan progresif. (Gmabar Facebook)

Penganalisis politik, Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, berkata Malaysia tidak ketandusan parti politik, sebaliknya kekurangan parti yang benar-benar membawa pembaharuan berbanding pemain sedia ada.

Katanya, Wawasan perlu menjawab persoalan mengapa rakyat harus memilihnya sedangkan hampir semua parti utama sebelum ini turut mendakwa memperjuangkan politik sederhana, inklusif dan progresif.

“Dalam sains politik, sesebuah parti baharu hanya relevan jika menawarkan ‘political value proposition’ yang jelas. Jika naratif ‘Melayu-Islam centrist’ hanya berakhir sebagai slogan, Wawasan akan dilihat sekadar mengitar semula idea lama dalam pembungkusan baharu.

“Politik tengah juga bukan bermaksud tiada pendirian. Ia perlu tegas pada prinsip tetapi sederhana dalam pendekatan. Jika cuba memuaskan semua pihak, parti akan kehilangan identiti dan keyakinan pengundi,” katanya kepada FMT.

Semalam, Setiausaha Agung Wawasan, Saifuddin Abdullah, berkata politik Melayu-Islam perlu mengutamakan kesederhanaan dan menolak segala bentuk ekstremisme serta fanatisme.

Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan usaha menyatukan orang Melayu dan Islam tidak berubah menjadi gerakan bersifat eksklusif atau meminggirkan masyarakat lain,selain tidak boleh bercanggah ajaran Islam, bersifat perkauman melampau atau menyebabkan golongan majoriti menindas masyarakat lain.

Zaharuddin berkata, Wawasan perlu membuktikan keberanian melalui tindakan seperti mengehadkan tempoh jawatan pemimpin, menolak politik wang, memilih calon berasaskan merit dan mengamalkan pembiayaan politik yang telus.

“Jika Wawasan berani melaksanakan pembaharuan itu, maka ia benar-benar membawa politik baharu. Jika tidak, ia hanya menjadi satu lagi parti yang menjual harapan lama dengan slogan baharu,” katanya.

Sementara itu, Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata pendekatan politik sederhana diketengahkan Wawasan boleh membezakannya daripada imej konservatif yang sering dikaitkan dengan parti Melayu lain.

Katanya, Wawasan cuba membawa perjuangan Melayu-Islam tanpa mengambil pendekatan ekstrem.

“Wawasan berada di tengah-tengah, tidak terlalu ke kiri atau ke kanan. Saya rasa ini cadangan yang baik.

“Penting untuk menggambarkan kerjasama antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional tidak bersifat ekstrem, sebaliknya berada di tengah,” katanya.

Azmi berkata, pendekatan itu berpotensi menarik sokongan pengundi Melayu bandar dan separa bandar yang cenderung kepada politik lebih sederhana.

Pada masa sama, katanya, naratif itu juga boleh membantu mengurangkan persepsi negatif masyarakat bukan Melayu terhadap kerjasama parti berteraskan Melayu.
 
“Penting untuk menggambarkan kerjasama antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional tidak bersifat ekstrem, sebaliknya berada di tengah,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register