BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Politik Identiti Disifatkan Sebagai Persaingan "Zero-sum Game" - Saifuddin Nasution

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141

Politik Identiti Disifatkan Sebagai Persaingan "Zero-sum Game" - Saifuddin Nasution​

17cd990d7fbaf8f4b62afd5409d89e8d6a8187070e349

Naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Kredit : FB Saifuddin Nasution Ismail


Naib Presiden PKR yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan politik identiti sebagai persaingan zero-sum game, yang tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada masa depan negara, malah hanya menyemai benih perpecahan.

Beliau berkata persaingan politik berasaskan identiti dan perkauman perlu dihentikan serta-merta, sebaliknya digantikan dengan politik prestasi demi kelangsungan ekonomi negara.

“Jangan bertarung dalam gelanggang politik identiti, politik perkauman, tiada pemenang. Politik perkauman dan politik identiti tiada pemenang, zero-sum game.

“Kita ajak rakyat nilai kita berasaskan politik prestasi. Prestasi ekonomi, prestasi kebajikan rakyat,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari kedua Kongres Nasional PKR 2026, di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kepelbagaian kaum di Malaysia merupakan satu realiti yang perlu diterima dengan hati terbuka dan bukannya dijadikan instrumen untuk menyemai rasa takut.

Beliau juga menggariskan tiga pendekatan utama yang perlu diberi tumpuan oleh Kerajaan MADANI dan kepimpinan parti, bermula dengan memacu pertumbuhan ekonomi  atau grow the pie, agar faedahnya dapat dinikmati segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

Saifuddin Nasution berkata pendekatan kedua ialah mengalihkan bantuan mengikut keperluan sebenar rakyat tanpa mengira latar belakang dan warna kulit atau need-based.

“Keutamaan ketiga ialah meneruskan agenda tatakelola baik atau good governance serta membanteras amalan rasuah yang merugikan harta dan khazanah negara,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa ancaman sebenar kepada sesebuah kaum bukannya kehadiran kaum lain, sebaliknya masalah kemiskinan dan isu sosial seperti penyalahgunaan dadah dalam kalangan anak muda.

 
Back
Top
Log in Register