BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adam Adli Pangku Tugas Pengerusi MPN Melaka

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,810
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,810
Reaction score
98
Points
80
00ae8690e5f8961a3d32d85b8c166cbc6940e9fbe4736

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka Adam Adli Abdul Halim

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka Adam Adli Abd Halim, akan memangku tugas Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai Pengerusi MPN Melaka berkuat kuasa semalam.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh, menerusi satu kenyataan hari ini.

"Jawatan Shamsul Iskandar sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya kekal," katanya.

Pada 5 Dis lepas, bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas satu pertuduhan rasuah berjumlah RM64,924 melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Shamsul Iskandar, 50, turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini sehari sebelumnya atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03, yang juga melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Pada November lepas, beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri dengan alasan adanya cubaan menyerangnya melalui perkara yang boleh menjatuhkan imej Kerajaan MADANI.

 
Back
Top
Log in Register