rinoa99
Legendary Member

- Messages
- 19,483
- Joined
- Jun 5, 2022
- Messages
- 19,483
- Reaction score
- 2,596
- Points
- 261
Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung pada sidang media di Ibu Pejabat PKR. - Foto/Hairul Anuar Rahim
PETALING JAYA: PKR mempersoalkan tindakan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang dilihat tidak berminat menggalakkan pengundi baharu berusia 18 hingga 21 tahun keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung, berkata selepas 48 jam parti itu mencadangkan satu insentif demokrasi diberikan kepada semua pengundi baharu, kerajaan peralihan masih tidak memberikan apa-apa maklum balas.
Katanya, insentif itu akan dapat menarik perhatian dan minat golongan muda supaya keluar mengundi serta sedikit sebanyak mengurangkan kos pengangkutan kepada mereka yang masih belum bekerja.
"Pengiraan PKR mendapati impak kewangan adalah kecil jika dibandingkan dengan jumlah kos pilihan raya.
"Sebagai contoh, pembayaran one-off sebanyak RM50 kepada 1.2 juta pengundi Undi18 dan 500,000 pengundi yang masih belajar, maka kerajaan hanya membelanjakan RM85 juta, iaitu lebih kurang lapan peratus daripada jumlah kos pilihan raya," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Chean Chung berkata kerajaan peralihan dilihat langsung tidak berminat untuk menggalakkan golongan muda supaya keluar mengundi.
Katanya, ramai anak muda dan rakyat masih tidak sedar mereka telahpun dijadikan pengundi yang sah.
"Pengabaian kepada tuntutan insentif ini juga membuktikan bahawa BN sebenarnya takut kepada anak-anak muda sekiranya mereka berani turun ramai-ramai dan mengundi," katanya.
Pada PRU15 yang akan berlangsung 19 November ini, seramai 5.8 juta pengundi baharu ditambah dalam daftar pemilih semasa, susulan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik, dengan 1.2 juta daripadanya berusia 18 hingga 21 tahun.