afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,226
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,226
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Sng dakwa ‘tekanan berlebihan’ LHDN antara sebab keluar PKR
Ahli Parlimen Julau Larry Sng berkata LHDN ‘mengambil angka entah dari mana’ ketika memulakan siasatan terhadapnya. (Gambar Facebook)
Mengulas keputusan bekas naib presiden PKR Tian Chua dan Dr Xavier Jayakumar untuk kembali menyertai parti itu, Sng berkata sekiranya bukan kerana LHDN, beliau mungkin masih kekal bersama PKR hingga hari ini.
“Bagaimanapun, itu semua sudah berlalu,” katanya dalam satu catatan di Facebook tanpa memberikan butiran lanjut.
Ketika dihubungi, Sng berkata kepimpinan PKR ketika itu mengetahui mengenai isu melibatkan LHDN dan beliau meninggalkan parti kerana tiada bantuan diberikan.
“Saya benar-benar yakin bahawa siasatan itu bermotifkan politik.
“Saya ketika itu adalah ketua PKR Sarawak, yang juga parti pembangkang,” katanya yang menambah LHDN ‘mengambil angka entah dari mana’ ketika memulakan siasatan terhadapnya.
Pada 2021, Sng pernah berkata keputusannya meninggalkan PKR dibuat selepas beliau mendapatkan pandangan pengundi selama beberapa hari, dan menyifatkan keputusan tersebut sebagai ‘keputusan bersama’.
Sng berkata kawasan Parlimen Julau merupakan kawasan termiskin di negara ini dan beliau tidak dapat berkhidmat dengan berkesan akibat kekurangan dana kerana beliau berada dalam pembangkang.
Susulan itu, beliau memutuskan untuk memberikan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin.
Pada penghujung 2021, beliau kemudiannya mengetuai Parti Bangsa Malaysia (PBM), yang sebelum itu dikenali sebagai Parti Pekerja Sarawak.
Dalam hantaran petang ini, Sng berkata beliau menghargai pengalaman yang diperoleh selepas menyertai parti politik nasional serta berpeluang mengenali secara peribadi pemimpin-pemimpin nasional dari Semenanjung Malaysia.
“Ia juga memberikan saya gambaran dan penghargaan terhadap kepentingan berada dalam kerajaan serta kesukaran yang dihadapi apabila berada dalam pembangkang,” katanya.