Proton Kembali ke no 2

Recommended Brokers


hackerism_11

Fun Poster
Joined
Mar 11, 2013
Messages
538
Reaction score
24
Points
15
KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd berada pada landasan yang tepat dalam penyusunan semulanya dan syarikat itu dijangka kembali pulih seterusnya mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000 unit pada tahun ini.

Penyelidik Hong Leong Investment Bank (HLIB) Daniel Wong berkata, Proton merekodkan peningkatan jualan pada April lalu sebanyak 7,000 unit menjadikan jualan tahunan setakat ini berjumlah 25,300 unit.

Beliau berkata, prestasi cemerlang itu disumbangkan permintaan kukuh bagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, X70 dan model baharu Iriz dan Persona yang dilancarkan bulan lalu.

Katanya, dua model baharu itu menerima tempahan sehingga 8,000 unit disebabkan tawaran harga yang menarik serta kualiti produk dan ciri dipertingkatkan.

“Kami mendapati Proton adalah salah satu syarikat automotif utama di negara ini yang mencatatkan pertumbuhan positif dari bulan ke bulan.

“Malah, Proton juga berjaya kembali berada pada kedudukan kedua dengan 14 peratus pegangan pasaran dan berada di belakang Perodua pada April 2019.

“Perkara ini menjadikan pelan penyusunan semula Proton pada landasan tepat dan akan kembali pulih pada tahun ini,” katanya dalam nota penyelidikan itu.

Selain itu, Proton juga dijangka memperkenalkan model pemasangan tempatan (CKD) bagi X70, Saga facelift dan model SUV Geely yang lebih kecil yang mungkin dikenali sebagai X50 pada separuh kedua 2019.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan pada April tahun ini jumlah jualan industri (TIV) sebanyak 50,000 unit menjadikan jumlah TIV setakat ini menjadi 193,000 unit.

Jumlah terbabit kebanyakannya disumbangkan oleh dua model SUV nasional iaitu Proton X70 dan Perodua Aruz.

Sementara itu, Perodua turut merekodkan jualan yang tinggi pada April 2019 sebanyak 22,100 unit iaitu pertumbuhan 11 peratus dari tahun ke tahun didorong oleh penjualan Aruz.

Setakat ini, Perodua mempunyai kadar jualan memberangsangkan sebanyak 82,800 unit yang mewakili 42.9 peratus pegangan pasaran yang mana 9,764 unit adalah daripada jualan Aruz pada tempoh itu.

“Sejak Aruz dilancarkan pada Januari lalu, permintaan bagi model berkenaan kekal kukuh dengan tempahan menghampiri 20,000 unit sehingga awal Mei ini.

“Perodua juga dijangka mencapai sasaran jualan tahun ini 235,000 unit,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,520
Reaction score
2,029
Points
176
100,000 ribu lagi? dah xder tempat nak letak kete dah kat Malaysia ..
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
21,935
Reaction score
2,352
Points
191
proton bley pergi jauh kalo dapat pasarkan kenderaan keluar negara..
 

Jackhalid

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 24, 2008
Messages
6,365
Reaction score
945
Points
111
serius power Proton sekarang. VW Selayang pun dah tutup. Proton takeover woo! :)cgrock
 

aidil08

Active Member
Joined
Feb 28, 2006
Messages
1,648
Reaction score
5
Points
25
kalau keluar model X50 lagi bleh up sale tu
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
6,934
Reaction score
318
Points
81
Dulu-dulu sales memang harapkan golongan melayu saja yang ramai.
Sekarang bangsa cina pun dah mula support proton.
 

akiyamasan

Active+ Member
Joined
Mar 10, 2011
Messages
3,605
Reaction score
815
Points
71
Baru sekarang aku tahu dalam model X70 tu x ada satu pun barang original proton kecuali "logo" sahaja..

Patut lah power semacam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register