BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selepas 7 Tahun, Proton Kini Menawarkan Sokongan “Hi Proton” Dalam Bahasa Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Selepas tujuh tahun memperkenalkan ciri “Hi Proton”, kini akhirnya Proton telah pun mula memperkenalkan integrasi pengecaman suara dalam bahasa Malaysia, bermula dengan Proton X50 yang dilancarkan baru-baru ini. Dengan integrasi ini, pengguna boleh melakukan sejumlah kawalan dalam kenderaan menggunakan bahasa Malaysia. Proton mengatakan pembangunan dalam bahasa Malaysia ini telah dimulakan pada Oktober 2024 yang lepas, dan telah selesai pada Mei 2025. Pembangunan selama 7 bulan ini melibatkan pengumpulan lebih kurang 4000 variasi sebutan Bahasa Malaysia, sekaligus membolehkan pengguna melakukan kawalan berasaskan arahan suara, termasuk menggunakan beberapa loghat tempatan.
1753973882142.png

Antara perkara yang boleh dikawal menggunakan arahan suara “Hi Proton” ini adalah termasuk kawalan dalam kenderaan seperti membuat panggilan suara, mengawal radio, mengawal muzik dan navigasi, mengawal tingkap kenderaan, dan mengawal pendingin hawa. Proton menyasarkan ini memudahkan pengguna mengawal sejumlah perkara tanpa perlu alihkan tangan daripada stering. Pada Jun 2025 lepas sahaja, ciri “Hi Proton” ini mempunyai seramai 228,046 pengguna aktif. Penawaran dalam bahasa Malaysia ini hanya ditawarkan untuk pengguna Proton X50 2025 sahaja buat masa ini. Ia dijangka akan dikembangkan ke model lain secara berperingkat.​
 
Pertama Di Dunia, PROTON Lancar Sistem Pengecaman Suara Bahasa Melayu Di Kenali ‘Aisyah’

PROTON mengumumkan berjaya mengintegrasikan Sistem Pengecaman Suara (Voice Recognition – VR) dalam Bahasa Melayu ke dalam model terbaharunya, PROTON X50. Memetik kenyataan rasminya, keupayaan dwibahasa ini menjadikan PROTON sebagai pengeluar kereta pertama yang menawarkan fungsi arahan suara secanggih ini. VR Bahasa Melayu itu dikenali sebagai Aisyah.

Nama Aisyah dipilih kerana ia merupakan satu watak wanita yang mesra dan mudah diingati, direka untuk terasa seperti teman atau ahli keluarga sendiri. Sistem VR ini dibangunkan dalam tempoh tujuh bulan sahaja, jauh lebih singkat berbanding tempoh asal yang dirancang selama setahun. Pembangunan yang berlangsung dari Oktober 2024 hingga Mei 2025 ini melibatkan pengumpulan 4,000 variasi arahan dalam Bahasa Melayu.

Dalam tempoh yang sama juga, 4,000 variasi arahan dalam Bahasa Inggeris turut dikumpulkan. Lebih 336,000 jam bekerja telah dilaburkan dalam kerjasama bersama ACO Tech untuk merealisasikan sistem VR dalam Bahasa Melayu ini. Lebih 200 sampel suara Bahasa Malaysia standard, yang dibahagikan secara seimbang antara penutur lelaki dan wanita, telah dirakam dengan teliti bagi memastikan ketepatan pengenalan suara merangkumi pelbagai frasa, termasuk variasi bahasa semula jadi seperti ‘buka tingkap’ dan ‘bukakan tingkap’.

Untuk rekod, data dalaman PROTON bagi Jun 2025 menunjukkan bahawa perkataan ‘Hello’ merupakan arahan yang paling kerap digunakan, dengan 43,896 arahan direkodkan. Ia diikuti dengan soalan bermula dengan perkataan “What” – seperti “What is the weather like today” dan arahan “Call”, masing-masing mencatat 40,779 dan 24,647 arahan. Jumlah transaksi sepanjang Jun mencecah 2.8 juta dengan 228,046 pengguna aktif.
1753974228038.png
 
Back
Top
Log in Register