kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Projek BESS Santong Perkukuh Kestabilan Grid Elektrik Negara - Fadillah
Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) Santong 100MW/400MWh di Santong, Paka dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini.
Projek Santong Battery Energy Storage System (BESS) berkapasiti 100MW/400MWj yang dibangunkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh kestabilan grid elektrik negara.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata selain itu ia juga menyokong agenda peralihan tenaga negara agar dapat dilaksanakan secara teratur, progresif dan seimbang.
Beliau berkata BESS merupakan antara projek sistem penyimpanan tenaga bateri utiliti berskala besar terawal di Malaysia, sekali gus menyokong integrasi tenaga boleh baharu (TBB) secara lebih meluas ke dalam sistem pembekalan elektrik negara.
“Ini sebenarnya telah direncanakan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, bukan sahaja melihat dari segi campuran tenaga untuk penjanaan tenaga kita, tetapi juga mengambil kira keperluan bekalan.
“Apabila tenaga dijana, ia akan dibekalkan ke grid dan ketika ini Malaysia mempunyai banyak sumber tenaga boleh baharu yang dijana, termasuk solar dan sebagainya,” katanya pada sidang media bersempena dengan majlis perasmian projek BESS itu, di sini, hari ini.
Fadillah berkata untuk menjamin kestabilan grid elektrik secara keseluruhan, bateri merupakan salah satu kaedah bagi memastikan sumber bekalan mencukupi dan stabil.
Sehubungan itu, katanya, sistem BESS yang dikenali sebagai bank tenaga pintar pertama di Malaysia telah dilaksanakan dengan penggunaan teknologi grid forming.
Dalam pada itu, katanya, kejayaan TNB yang menyiapkan projek itu dalam tempoh kurang daripada setahun membuktikan keupayaan syarikat utiliti negara tersebut dalam membangunkan infrastruktur tenaga.
Beliau berkata projek BESS Santong yang menelan kos kira-kira RM380 juta itu mula beroperasi pada 17 April lepas serta mempunyai jangka hayat penggunaan sehingga 15 tahun.
Projek BESS Santong Perkukuh Kestabilan Grid Elektrik Negara - Fadillah
Fadillah, TNB, projek BESS, Santong, sistem grid,