BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkukuh Pendekatan "Whole Of Nation" Untuk Perkasa Pengurusan Biodiversiti Negara - TPM Fadillah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Perkukuh Pendekatan "Whole Of Nation" Untuk Perkasa Pengurusan Biodiversiti Negara - TPM Fadillah​

ecb402015a7d20346aefd82cb0cf81466a33c7444289c

a9d6a1a60899fbe3ff7d1aedaaec6f786a33c763697af

f9e7467eedd75573fe4679b7dff47e9b6a33c77f78a5d

Kredit : FB Fadillah Yusof

Pengurusan biodiversiti negara memerlukan pendekatan menyeluruh negara atau whole of nation, yang melibatkan kerjasama erat antara semua kumpulan pihak berkepentingan  bagi memastikan ia dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menekankan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Biodiversiti Negara Keempat (MBN Ke-4), hari ini.

“Kerjasama antara Jabatan Perhilitan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pelaksanaan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) adalah antara contoh pendekatan bersepadu dalam membanteras jenayah hidupan liar dan melindungi khazanah biodiversiti negara.

“Beliau (Fadillah) turut berharap agar semangat kerjasama yang sama terus diperkukuh dalam memastikan agenda biodiversiti negara dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan,” menurut kenyataan itu.

Menurut NRES, sebanyak tiga kertas pertimbangan dan empat kertas makluman telah dibentangkan pada MBN, yang turut dihadiri Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

MBN ialah platform utama bagi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri membincangkan hala tuju dan strategi biodiversiti pada peringkat kebangsaan yang diurus setiakan oleh NRES.

Antara keputusan yang dipersetujui dalam MBN ke-4 adalah pembangunan Kerangka Kebangsaan Kaedah-Kaedah Lain yang Berkesan bagi Pemuliharaan Berlandaskan Kawasan, yang merangkumi kriteria, mekanisme pengiktirafan dan struktur tadbir urus OECM di Malaysia;

Turut dipersetujui ialah hala tuju mitigasi dan pengurusan populasi gajah liar di negeri Johor bagi memperkukuh usaha menangani konflik manusia dan gajah, serta usaha melestarikan Khazanah Asam Batu Negara melalui pelaksanaan aktiviti pemuliharaan spesies Begonia herveyana di Melaka.

Selain itu, MBN Ke-4 turut mengambil maklum beberapa inisiatif dan pencapaian penting dalam usaha pemuliharaan biodiversiti, termasuk Laporan Kebangsaan Ketujuh kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (7NR) dan usaha konservasi hidupan liar oleh Jabatan Perhilitan.

 
Back
Top
Log in Register