BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Beralih Kepada Pendekatan “Wise Cities”, Seimbangkan Pertumbuhan Dan Kelestarian - Fadillah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
48082b7e5b22335fff8fb70b76fddae069eb57bc1a343

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) pada gimik Perasmian Kongres Dunia Eastern Regional Organisation for Planning and Human Settlement (EAROPH) International Ke-30, hari ini.
Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (dua, kiri).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Malaysia sedang beralih daripada pendekatan smart cities kepada wise cities dalam pembangunan bandar, sebagai usaha untuk menyeimbangkan pertumbuhan, kelestarian dan keterangkuman dalam menangani cabaran bandar yang semakin kompleks.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Fadillah berkata pendekatan wise cities  melangkaui penggunaan teknologi semata-mata, yang menekankan kewajaran pertimbangan dalam mengurus pembangunan sambil memelihara kesejahteraan alam sekitar dan sosial jangka panjang.

“Pendekatan bandar itu menggunakan pertimbangan yang wajar, menyeimbangkan pertumbuhan dengan kelestarian, kecekapan dengan keterangkuman, serta inovasi dengan bertanggungjawab,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian bersempena dengan 30th Eastern Organisation for Planning and Human Settlements (EAROPH) World Congress 2026, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata Malaysia yang menyaksikan hampir 80 peratus penduduknya menetap di kawasan bandar, berdepan cabaran yang semakin meningkat untuk mengurus perkembangannya secara lestari sambil memastikan hasil pembangunan yang saksama.

“Oleh itu, pembangunan bandar tidak boleh dilihat semata-mata dari sudut pertumbuhan fizikal atau output ekonomi. Ia mesti difahami sebagai komitmen berterusan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat, sambil melindungi sumber dan sistem yang menjadi sandaran generasi akan datang,” katanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata bandar memainkan peranan penting dalam komitmen negara untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, memandangkan sistem bandar adalah antara pengguna tenaga terbesar.

“Ini memerlukan usaha bersepadu untuk mengintegrasikan tenaga boleh baharu, meningkatkan kecekapan dan mengamalkan amalan lestari pada semua peringkat,” katanya.

Beliau berkata Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 ialah langkah penting ke hadapan, namun pelaksanaan yang berkesan pada peringkat tempatan kekal kritikal.

 
Back
Top
Log in Register