BTC USD 84,140.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program penipu Dr. Azizan utk tahun 2011!!

Beli iklan billboard ucap selamat ulang tahun

537306.jpg


KLANG - Dua bekas murid kepada pakar motivasi ulung, Dr Azizan Osman memberi kejutan hadiah paling terbaik kepada guru mereka itu hingga mampu dilihat oleh hampir penduduk di Lembah Klang.


Tuan Das Abdul pemilik bisnes Bantal Hotel 7 Bintang DAG dan Narul Khairil Anuar pemilik Unlimited Dreams Sdn Bhd, sebuah syarikat pengiklanan pada 14 November lalu telah membuat ucapan di papan iklan (billboard) di lebuh raya sempena hari kelahiran Azizan.

Tuan Das turut memuat naik video dan gambar tersebut di laman Instagram miliknya.

Menurutnya, perkara itu dilakukan bagi membalas jasa Azizan yang telah membimbingnya dari hanya seorang peniaga bantal di jualan but kereta sehingga mampu menjual satu juta bantal dalam tempoh tiga tahun.

“Hadiah ini tak cukup ‘gila’ dibandingkan dengan apa yang Dr Azizan Osman dah bantu kami semua. Beliau bantu kami ketika kami susah, beliau yang hadir ketika kami keseorangan, beliau yang didik kami ketika kami kena ejek.

"Dengan izin ALLAH SWT telah banyak kejayaan kami capai hasil bimbingan Dr Azizan Osman. Hanya ALLAH mampu balas budi dan jasa mereka semua. Dengan ini sedikit penghargaan dan tanda ingatan ikhlas dari kami.

“Apa yang kami capai dengan izin ALLAH SWT adalah berkat didikan dan tunjuk ajar dari Dr Azizan Osman. Hadiah ini untuk tunjuk kepada dunia betapa besarnya jasa mentor kepada kami dan secara jujur, billboard ini pun belum cukup nak balas dengan apa yang kami telah capai sepanjang bersama RichWorks,” tulisnya.

Sementara itu, Narul turut memuat naik ciapan perkara yang sama dalam memberi penghargaan kepada 'sifu' mereka yang telah membuatkan mereka berjaya sehingga ke hari ini.

537307.jpg

Gambar kiri: Antara reaksi netizen yang menyaksikan kejutan itu turut kagum dengan hadiah paling ‘rare’ dan ‘besar’ sehingga mampu dilihat oleh mereka yang melalui lebuhraya tersebut.

"Saya tak ada produk nak beri kepada Dr Azizan Osman seperti orang lain, saya tak mampu nak tunjukkan penghargaan kepada Dr Azizan Osman melainkan dengan idea ini. Dr Azizan Osman sangat ambil berat tentang anak didiknya terutamanya ahli Titanium.

"Dr Azizan Osman pun tak pernah berkira dengan semua ahli Titanium, so kenapa saya nak berkira untuk berikan sesuatu yang hebat kepada dia... that is why (sebab itu) saya cakap dengan supplier (pembekal) dan Tuan Das Abdul, whatever it takes (apa sahaja diperlukan) kita kena make this happen (buat ini berlaku),” katanya.

Perkongsian video berdurasi seminit dan gambar-gambar papan iklan tersebut mendapat perhatian daripada warganet.

Rata-rata netizen yang menyaksikan kejutan itu turut kagum dengan hadiah paling ‘rare’ dan ‘besar’ sehingga mampu dilihat oleh mereka yang melalui lebuh raya tersebut.

"Terharu baca ucapan ini. Rose mampu bagi hadiah doa sahaja. Insya-ALLAH semoga dipermudahkan beri hadiah yang lagi gila-gila," tulis Nurraysabeautyselangor di Instagram.

Mdshaqib pula menulis, "Terbaik Tuan, semoga rezeki tak pernah berhenti untuk tuan dan DAG seperti derasnya air lautan."

 
"terutama ahli Titanium" dah hg byr mahal2 kat dia mmg patut la kn support. Giler taksub
 
pada aku ok je...tu kebolehannya untuk buat kelas....itu cara nya untuk market diri nya....

ilmu yang dia bagi tu..betul lah....kerana boleh menaikan motivasi dalam meniaga....

p/s: aku x penah ikut mana2 kelas...guru aku dalam meniaga adalah pengalaman dan kerugian...itu lah guru ku yang banyak mengajar aku dalam bisnes..
 
Kursus dia sefahaman aku
Mmg kursus motivasi sahaja
Scam kat mana...aku pon x sempat nak fikir dia nie scam org mcm mana
Dah nama nya kursus motivasi
Berjaya atau tak... masih 100% usaha ditgan sendiri

Mcm mcm org kita nie
 
Kursus dia sefahaman aku
Mmg kursus motivasi sahaja
Scam kat mana...aku pon x sempat nak fikir dia nie scam org mcm mana
Dah nama nya kursus motivasi
Berjaya atau tak... masih 100% usaha ditgan sendiri

Mcm mcm org kita nie

Isu gelaran Dr tu bro camne
 
Kursus dia sefahaman aku
Mmg kursus motivasi sahaja
Scam kat mana...aku pon x sempat nak fikir dia nie scam org mcm mana
Dah nama nya kursus motivasi
Berjaya atau tak... masih 100% usaha ditgan sendiri

Mcm mcm org kita nie

sekarang ni ramai claim depa sifu....cth...gi kelas azizan..esok dah claim sifu...buka kelas lain utk ajar org....pastu ajar benda mengarut....cuba check afnan Rosli....sampai Mufti suruh mereka yg ikut kelas dia bertaubat....dan dia dah jutawan hasil kelas dia....boleh google pasal ni...yg tak berjaya pun ramai....dah mrk dikatakan tak buat mcm org lain buat...bisnes ni buka semua org boleh buat...tapi mrk yg bercita cita akan gi kelas mrk ni sebab nak jadi kaya...masuk next level bayar lagi..semua dicipta untuk level level supaya dibayar dan dibayar..bukan murah...
 
"terutama ahli Titanium" dah hg byr mahal2 kat dia mmg patut la kn support. Giler taksub

Giler tak giler
Aku caya kalau dia cakap 1juta bantal terjual.
Rata2 ceruk jalan/pasar malam/ expo/ lampu isyarat/ bonet keta ada agen jual bantal dia.
Aku pun terbeli 2buah.

1juta X RM15 - katakan untung 15 setiap 1.
Dah rm15juta.
Ko ade?
 
Isu gelaran Dr tu bro camne

dr tak jadi isu pun bro...skrng title dr...dah senang sgt...masuk belajar pun follow apa yang di suruh...confirm lulus PHD...dah dpt title dr...
 
Giler tak giler
Aku caya kalau dia cakap 1juta bantal terjual.
Rata2 ceruk jalan/pasar malam/ expo/ lampu isyarat/ bonet keta ada agen jual bantal dia.
Aku pun terbeli 2buah.

1juta X RM15 - katakan untung 15 setiap 1.
Dah rm15juta.
Ko ade?

betul dah...bukan Dr Azizan bagi depa kaya...tp usaha mereka...Dr Azizan support method dan motivasi aje...selebihnya kepada usaha sendiri...
 
Back
Top
Log in Register