BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program DLP (Dual Language Programme) utk murid tahun 1.

akusS

Active Member
Messages
1,643
Joined
Jul 9, 2007
Messages
1,643
Reaction score
151
Points
43
Assalamualaikum..

Dlm carigold ni rasenye ramai ckgu2 kn? Anak aku dtawarkan program DLP ni utk tahun 1 thn depan. Td skolah buat ujian dan dpd 150 murid, 25 je yg terpilih..Aku dh sign surat stuju td tp ble dok bce info kt tenet takut lak rase..

Yg aku nmpak bgus program ni bile murid akan mggunakan bhasa inggeris dlm sbjek tertentu dan murid 1 kelas hnye dilimitkan kpd 25 murid je. Klu kelas biasa mau dekat 40 murid...Guru2 plak mmg yg terpilih dan layak mengajar guna B.I, bukannye ckgu tangkap muat je...

Tp yg merisaukan aku kang anak aku tu blur je nati dlm kelas sbb kteorg org kg bknnye ckp inggeris kt umah. Susah la dia nk paham nati.lg 1 klu dh join progrm ni dr tahun 1, nati berterusan la dia smpai tgkatan 5 kene blajar dlm B.I, xbleh nk tukar dh...

Mohon pendpt la dari guru2 dan kengkawan kt forum ni.. Patut ke ank aku join DLP ni atau baik masuk kelas biase je...

Terima kasih semua..
 
PAS menyokong penuh usaha membantah DLP.

KUALA LUMPUR: PAS melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan seolah-olah tidak serik dengan kegagalan pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) PPSMI, apabila bertindak melaksanakan program baru iaitu Program Dwi Bahasa (DLP) pada awal tahun ini.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata program DLP ini dilihat seolah-olah mirip kepada dasar PPSMI yang mendapat tentangan hebat di kalangan tokoh-tokoh bahasa sehingga ia dimansuhkan pada tahun 2012.

Katanya, dengan kegagalan pelaksanaan dasar PPSMI kerajaan bukan sahaja rugi berbilion ringgit bahkan masa dan tenaga guru serta pelajar sekolah.

"Kerajaan akui PPSMI gagal. Seramai 70 orang profesor menentang pelaksanaan PPSMI, sebanyak RM6 bilion kerajaan rugi. Tiba-tiba hendak tubuh DLP pula," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut mempersoalkan apa motif sebenar kerajaan untuk melaksanakan DLP ini, sama ada untuk menyelesaikan masalah penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar atau mengejar keuntungan semata-mata.

"Jika ada masalah penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sepatutnya kerajaan kena mencari kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris yang baik. Bukannya merosakkan sistem yang kita bina melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan selama ini," jelasnya.

Katanya, rakyat Malaysia bukannya anti bahasa asing bahkan agama Islam sendiri menggalakkan belajar banyak bahasa tetapi jangan mengenepikan bahasa ibunda.

Bagi Idris, untuk mendapatkan ilmu pengetahuan haruslah bermula dengan bahasa ibunda yang menunjukkan bahasa jiwa bangsa penuh dengan nilai budaya masyarakat sekeliling.

"Kita tidak ada masalah dalam menterjemahkan bahasa teknologi ke bahasa Malaysia kerana kita ada Dewan Bahasa Dan Pustaka. Pelajar-pelajar UKM buat PHD di luar negara mereka pun tidak ada masalah," ujarnya.

Justeru katanya yang tidak menolak program DLP ini lebih memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat penerbitan dan percetakan.

Beliau juga turut serta berdemonstrasi di Pelancaran Kempen Mansuhkan DLP yang dianjurkan oleh Ngo Pejuang Bahasa yang terdiri sasterawan negara dan tokoh bahasa, di hadapan Sogo hari ini. Turut serta dalam kempen itu Pesuruhjaya PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad.

DLP akan diperkenalkan di sekolah yang bersedia melaksanakannya dengan persetujuan pihak tertentu termasuk sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

Pada pembentangan Bajet 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan DLP itu akan ditawarkan kepada 300 sekolah di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Inggeris.

Di bawah program itu, sekolah akan diberi pilihan untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 1 dan Tahun 4. – HARAKAHDAILY 15/2/2016
 
DLP: Kenapa yang gagal jadi pilihan?

ULASAN Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan yang menyatakan program dwibahasa (DLP) adalah program pilihan, justeru ia dikatakan baik diteruskan.

ABIM berpandangan tindakan kerajaan membuka pilihan untuk diajar subjek seperti STEM (sains teknologi dan matematik) di sekolah kebangsaan dalam Bahasa Inggeris menerusi DLP adalah satu kesilapan besar.

Ia seolah-olah menunjukkan kerajaan sengaja mengada-adakan perlumbaan antara bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

Sedangkan tanggungjawab kerajaan adalah memelihara, memartabat dan memperkasa bahasa kebangsaan serta mencorak identiti pelajar sekolah kebangsaan berdasarkan asas pendidikan kebangsaan seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan.

ABIM juga ingin melahirkan kehairanan mengapa kerajaan memberi pilihan kepada pelajar untuk memilih sesuatu dasar yang sudah terbukti gagal?

Rujukan kami adalah kajian dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibuat jemaah nazir persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri menerusi sampel ke atas 1942 murid tahun 5 kohort 2 (2004) dari 56 sekolah yang menunjukkan pencapaian mereka semakin merosot. malah ada yang dengan drastik merudum apabila naik ke tahun lebih tinggi.

Selain itu, kajian oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA), menerusi 90 sekolah rendah, 70 sekolah menengah yang meliputi 15,089 pelajar di bandar, luar bandar, sekolah pedalaman, dan Sekolah Kebangsaan Pulau menunjukkan:

(1) Untuk sekolah rendah mata pelajaran sains hanya menyumbang peningkatan BI sebanyak 0.7% dan matematik tiada sumbangan.

(2) Sekolah menengah (aliran sastera) bagi subjek matematik hanya 1.0 peratus dan subjek sains hanya 0.6 peratus.

(3) Sekolah menengah (sains) kimia 2 hingga 0.6 peratus, matematik tambahan 0.3 peratus.

Justeru, tindakan kerajaan untuk melaksanakan DLP dengan tujuan untuk memperkasa BI adalah tindakan yang membingungkan, mengelirukan serta tidak bertitik tolak berasaskan fakta dan kajian.

Ujian antarabangsa
Selain itu, hasil ujian antarabangsa - Trend Dalam Pengajian Sains dan Satematik (Timms) 2007 dan Program Penilaian untuk Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 – sewaktu era PPSMI, menunjukkan kedudukan Malaysia menjunam.

Malaysia berada di kumpulan satu pertiga terbawah bebanding TIMMS 1999 dan 2003 (sebelum PPSMI) dalam kelompok 10 terbaik dari 58 negara.

Lantaran, ABIM mengulangi tuntutan untuk kerajaan fokus kepada agenda memperkasa subjek BI di sekolah bukan dengan menjadikan BI sebagai bahasa penghantar di sekolah kebangsaan.

Dalam perkembangan berkaitan, ABIM turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terdiri dari ahli akademik, NGO, parti politik, aktivis masyarakat, sasterawan, golongan pelajar, seniman dan budayawan yang turut sama dalam perarakan mengusung Keranda 152 ketiga dalam sejarah negara pada 26 Mac 2016.

Ia menjadi manifestasi kepada kekecewaan terhadap tindakan kerajaan yang memungkiri janji untuk memartabat bahasa kebangsaan dan memansuhkan dasar atau program mirip PPSMI.

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ setiausaha agung ABIM.
 
Program DLP: Murid Melayu di SK jadi mangsa kezaliman.

Pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) yang majoritinya terdiri daripada anak-anak Melayu dibimbangi menjadi mangsa kezaliman Program Dwi Bahasa (DLP), kata Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan.

Beliau menyifatkan dasar menggunakan bahasa Inggeris dalam subjek berasaskan sains, matematik dan teknologi yang hanya dikuatkuasakan di SK itu sebagai satu bentuk kezaliman kebudayaan.

"Mengapa DLP hanya kena pada SK saja? SJK (Sekolah Jenis Kebangsaan) Cina dan Tamil diizinkan mengajar dalam bahasa mereka masing-masing.

"Ini kezaliman kepada anak-anak Melayu untuk belajar sains, matematik dan subjek berteraskan teknologi dalam bahasa Melayu," tegasnya pada sidang media bantah DLP di ibu pejabat Abim di Gombak hari ini.

Menurut bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) itu, berlaku penafian keadilan terhadap sejumlah besar murid Melayu yang menuntut di SK kerana dihalang belajar dalam bahasa ibundanya.

"Murid-murid Melayu jadi mangsa kezaliman Kementerian Pendidikan. Ramai murid Melayu yang gagal. Kita boleh lihat selepas keputusan PT3 tahun lalu. Difahamkan kelayakan bagi kemasukan murid ke sekolah berasrama penuh terpaksa diturunkan ," ujarnya lagi.

Pesta rakyat

Dr Zainal Abidin Borhan dan AJK bertindak menuntut Pemansuhan DLP
Dr Zainal Abidin Borhan dan AJK bertindak menuntut Pemansuhan DLP
Mengulas himpunan membantah DLP yang dilihat sebagai langkah mahu menghidupkan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), beliau menganggap demonstrasi pada 26 Mac itu sebagai satu pesta rakyat.

"Sasterawan dan Seniman akan terlibat. Semua lapisan rakyat merentas parti politik dijemput hadir. Isu DLP ialah isu bahasa yang merupakan hal paling penting buat semua orang," tegasnya.

Terdahulu, Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad Zain berkata, himpunan menuntut kerajaan memansuhkan DLP tersebut dijadual akan berkumpul di kompleks beli-belah Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

"Oleh sebab harapan kita sebelum ini untuk berunding dengan pihak berkuasa termasuk bertemu dengan Menteri Pendidikan tidak berjaya, rancangan kita untuk membuat himpunan bantahan diteruskan 26 Mac ini," jelasnya lagi.

Untuk rekod, sebanyak 300 sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara terlibat bagi peringkat pertama permulaan program rintis DLP bermula awal tahun ini.

Sumber: http://www.malaysiadateline.com/ind...-dlp-murid-melayu-di-sk-jadi-mangsa-kezaliman
 
anak aku2 tiga2 perantis dlp
tahun 2016

tahun 1dlp
tahun 4dlp
tingkatan 1dlp

tahun depan 2017 semua stay kat dlp, sebab mmg dh xblh reverse bila dah join, pk masak2 sebelum join

nak pindah sekolah pun nak kena cari yg ada program dlp.

p/s : mcm salah section je ko post ni, baik req mod transfer ke section yg sesuai

Assalamualaikum..

Dlm carigold ni rasenye ramai ckgu2 kn? Anak aku dtawarkan program DLP ni utk tahun 1 thn depan. Td skolah buat ujian dan dpd 150 murid, 25 je yg terpilih..Aku dh sign surat stuju td tp ble dok bce info kt tenet takut lak rase..

Yg aku nmpak bgus program ni bile murid akan mggunakan bhasa inggeris dlm sbjek tertentu dan murid 1 kelas hnye dilimitkan kpd 25 murid je. Klu kelas biasa mau dekat 40 murid...Guru2 plak mmg yg terpilih dan layak mengajar guna B.I, bukannye ckgu tangkap muat je...

Tp yg merisaukan aku kang anak aku tu blur je nati dlm kelas sbb kteorg org kg bknnye ckp inggeris kt umah. Susah la dia nk paham nati.lg 1 klu dh join progrm ni dr tahun 1, nati berterusan la dia smpai tgkatan 5 kene blajar dlm B.I, xbleh nk tukar dh...

Mohon pendpt la dari guru2 dan kengkawan kt forum ni.. Patut ke ank aku join DLP ni atau baik masuk kelas biase je...

Terima kasih semua..
 
anak aku2 tiga2 perantis dlp
tahun 2016

tahun 1dlp
tahun 4dlp
tingkatan 1dlp

tahun depan 2017 semua stay kat dlp, sebab mmg dh xblh reverse bila dah join, pk masak2 sebelum join

nak pindah sekolah pun nak kena cari yg ada program dlp.

p/s : mcm salah section je ko post ni, baik req mod transfer ke section yg sesuai

Anak2 tuan cmaner? Ok ke pembelajaran diorang? Sronok ke diorg belajar? Risau kt anak, klu diorg sronok belajar dan dpt ikut mmg lega la hati....
 
kat sekolah aku rasa 20% je...kat rumah tu lagi penting....tak kira subjek apa pun...
 
Kelas RK dalam sekolah harian biasa tu DLP ke ?

Anak masuk tingkatan 1 rk. Risau pulak aku ....
 
Pendidikan 2 darjat mcm dulu2 sekolah melayu vs sekolah inggeris. Utk anak org bandar dan bukan melayu mmg suka program ni sbb bagi mrk bahasa melayu tu xpenting. Nak berjaya kena tiru singapore ckp singlish.
 
Kelas RK dalam sekolah harian biasa tu DLP ke ?

Anak masuk tingkatan 1 rk. Risau pulak aku ....

RK ringkasan utk ape lak tu? Cam skolah ank aku ni mmg dia letak nama kelas 1 DLP trus....xtau la kot skolah menengah lain lak..
 
Back
Top
Log in Register