BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Bantuan Pelajaran MADANI Parlimen Tambun Salur RM178,000 Kepada 230 Penuntut IPT

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,160
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,160
Reaction score
346
Points
141

Program Bantuan Pelajaran MADANI Parlimen Tambun Salur RM178,000 Kepada 230 Penuntut IPT​

aaf352949e14574b6795670a05531a976a0876123b459

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Sahabat Usahawan Parlimen Tambun ketika hadir pada Majlis Peluncuran Skim PADURI MADANI di Dewan Serbaguna Bandar Baru, Tambun. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sebanyak 230 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dari kawasan Parlimen Tambun menerima manfaat Program Bantuan Pelajaran MADANI Peringkat Parlimen Tambun 2026 dengan jumlah keseluruhan RM178,000.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun Mohamad Hairul Amir Sabri berkata program itu dilaksanakan sebagai usaha berterusan membantu meringankan beban kewangan penuntut dan keluarga, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos pendidikan dan perbelanjaan harian sepanjang pengajian.

Beliau berkata menerusi bantuan itu, penuntut peringkat diploma menerima sumbangan RM500 seorang manakala ijazah sarjana muda RM1,000 seorang bagi membantu menampung keperluan pembelajaran, penginapan, pengangkutan dan perbelanjaan asas pengajian.

“Simbolik penyerahan bantuan kepada 10 penuntut disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Majlis Peluncuran Skim      di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Hairul Amir berkata beliau telah menyerahkan sumbangan kepada baki 220 penuntut di sebuah pasar raya hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan program bantuan pendidikan itu mencerminkan komitmen berterusan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun dalam memastikan agenda pembangunan pendidikan dan modal insan terus diberi perhatian khusus, terutamanya yang melibatkan golongan muda.

“Selain membantu mengurangkan tekanan kewangan keluarga, inisiatif itu turut diharap mampu meningkatkan motivasi penuntut untuk terus menumpukan perhatian terhadap pengajian dan mencapai kecemerlangan akademik dalam bidang masing-masing.

“Program Bantuan Pelajaran MADANI juga dilihat selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang memberi penekanan terhadap aspek kesejahteraan rakyat, pembangunan insan, pendidikan berkualiti dan peluang yang lebih adil kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Justeru, beliau berkata Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun komited memperkukuh pelbagai inisiatif kebajikan dan pendidikan demi memastikan golongan pelajar, khususnya di kawasan Tambun terus mendapat sokongan sewajarnya dalam melanjutkan pengajian dan membina masa depan lebih baik.

 
Back
Top
Log in Register