combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,163
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,163
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
308 Pelajar Parlimen Sungai Buloh Terima Bantuan Awal Pengajian IPT Berjumlah RM113,500
Setiausaha politik kepada Menteri Sumber Manusia, Aizuddin Abd Gaffal menyampaikan sumbang kepada pelajar pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kemasukan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Dewan Meranti MBSA, Seksyen U20.
Sebanyak 308 pelajar di kawasan Parlimen Sungai Buloh menerima Bantuan Awal Pengajian Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan jumlah keseluruhan RM113,500 bagi membantu mereka meringankan beban keluarga ketika pengajian.
Bantuan itu disalurkan kepada pelajar pelbagai peringkat pengajian termasuk asasi, matrikulasi, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), diploma, sijil Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta sarjana muda.
Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia Aizuddin Abd Gaffal pada Karnival Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) Care di sini hari ini.
Seorang penerima, Muhammad Shafitri Suzaiman Muhamad Fazli, 18, berkata bantuan itu akan digunakan untuk membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta membeli buku latihan.
“Bantuan ini sangat membantu saya dan keluarga, terutama untuk membeli keperluan pembelajaran,” kata pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Gading itu ketika ditemui Bernama.
Seorang lagi penerima, Soong Xin U, 18, berkata bantuan berkenaan juga akan digunakan untuk membeli buku latihan dan bahan rujukan bagi membantu persediaannya menduduki STPM.
Dalam pada itu, Karnival PTPK Care menjadi wadah bagi PTPK mendekati masyarakat, selain memperkenalkan peranannya dalam menyediakan akses kepada pembiayaan pendidikan dan latihan kemahiran, khususnya menerusi laluan TVET.
Pelbagai perkhidmatan dan aktiviti komuniti disediakan kepada penduduk setempat termasuk Kaunter Informasi PTPK, Kaunter Wang Tidak Dituntut (WTD), Jualan Rahmah, pemeriksaan kesihatan, perkhidmatan tukar minyak hitam, gunting rambut, senam seni dan sukaneka, selain pameran serta demonstrasi kebombaan.
Turut diadakan pameran budaya, kempen derma darah, slot Santai PTPK, jualan trak makanan, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) surau, agihan kopi dan aiskrim percuma.