BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPPKK Salur Bantuan Kepada Keluarga Penuntut Polimas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
2fce1e6715ecb51b3d00880a77b722a068beae20003e3

93a601393a5cf7fd44eefe664f37190268beade914da5

Kredit: JBPM Kedah

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada keluarga penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim (Polimas) Muhamad Amsyar Muqri Mohd Asri, 18, yang meninggal dunia selepas mesin padi dinaikinya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, Jitra, Kedah, pada Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK Dr. Shamsuri Abdullah berkata bantuan tersebut merangkumi kewangan, sokongan psikologi dan moral.

“Saya difahamkankan pihak Polimas telah menghubungi keluarga mangsa untuk memberikan apa juga bentuk sumbangan sama ada dari sudut kewangan, psikologi mahupun moral.

“Lazimnya apabila berlaku tragedi sebegini memang kami akan bersama-sama keluarga untuk memberi sokongan dan bantuan yang termampu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai (PSP) Kali Ke-24 yang turut dihadiri Pengarah PSP Mohd Ruzi Hamzah.

Terdahulu media melaporkan seorang penuntut Polimas dikhuatiri lemas manakala tiga rakannya terselamat selepas mesin padi dinaiki terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, Jitra, berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang pada Sabtu lepas.

Mayat Muhamad Amsyar Muqri ditemukan pada pukul 10.01 pagi semalam oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai pada kedalaman empat meter, kira-kira 10 meter dari lokasi awal mangsa dilaporkan terjatuh.

 
Back
Top
Log in Register