ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
ISMAIL MOHAMED
MUAR 4 Mei – Sejak Program Agropreneur Muda diperkenalkan tiga tahun lalu, hanya 13 usahawan tani dengan bantuan hampir RM1 juta berjaya dilahirkan di daerah ini sedangkan sektor pertanian, penternakan dan perikanan tempatan masih memerlukan produktiviti yang tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, keperluan bekalan makanan tempatan yang cukup, selamat dan mudah didapati serta pada harga berpatutan adalah penting dan perlu diusahakan menerusi penggunaan tanah secara optimum.
“Ini termasuk melaksanakan amalan integrasi, perladangan intensif, mapan dan penanaman padi secara mini estet serta meningkatkan produktiviti pengeluaran melalui pengukuhan infrastruktur di kawasan pengeluaran makanan.
“Pada 2013 hingga 2015 seramai 13 usahawan di Muar sudah dibantu sebanyak RM520,000 di bawah Program Tabung Pembangunan Usahawan Peladang, RM100,000 lagi menerusi bantuan industri asas tani dan RM200,000 melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK),” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Menurutnya, kerajaan juga menyediakan kemudahan untuk peladang, penternak dan nelayan termasuk usahawan tani untuk memasarkan hasil mereka dengan membina pusat pengumpulan di setiap PPK.
Usaha menambah bilangan usahawan tani, kata Ismail, adalah selari dengan matlamat Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 yang digubal bertujuan menjamin bekalan makanan negara mencukupi selain melakukan transformasi industri agro makanan.
Dalam pada itu katanya, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga menyalurkan peruntukan lain sebanyak RM240,000 untuk tanaman padi di Bukit Gambir, Ledang bertujuan membantu pesawah meningkatkan produktiviti mereka.
Sementara di Sawah Ring, Bukit Gambir, dan Sungai Balang, Muar pula 200 pesawah dengan keluasan 127.5 hektar dibantu jabatan pertanian dengan benih padi varieti MR219 hasil kajian Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI).
“Varieti tersebut amat berkualiti dengan potensi hasilnya yang tinggi, tempoh matang pokoknya singkat sekitar 150 hari selain rintang terhadap penyakit hawar daun. Penanaman varieti MR269 turut digemari petani kerana mempunyai hasil yang tinggi dan daya tahan penyakit.
“Jabatan pertanian juga menggalakkan pesawah menggunakan teknologi mesin transplanter padi untuk tujuan kawalan padi angin,” ujarnya.