BTC USD 83,180.0 Gold USD 4,179.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permohonan Geran Program Agropreneur NextGen Di Buka, Bantuan Sehingga RM50,000

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,640
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,640
Reaction score
7,746
Points
916
02.01.2026 - Permohonan geran Program Agropreneur NextGen, inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang menyediakan bantuan sehingga RM50,000 dibuka bermula hari ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata program itu bagi menarik lebih banyak penglibatan belia dalam pertanian dan sebagai inisiatif strategik mengembangkan projek dalam bidang tanaman, ternakan dan perikanan dengan lebih tersusun, mampan serta berdaya saing.

“Melalui penjenamaan baharu ini, Agropreneur NextGen menyediakan bantuan geran dalam bentuk barangan bagi membantu keperluan projek, sama ada pada peringkat permulaan atau pengembangan,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Mohamad berkata bagi kategori Start-Up, bantuan sehingga RM30,000 disediakan manakala kategori Scale-Up pula layak menerima bantuan sehingga RM50,000 bergantung kepada keperluan serta skop projek dilaksanakan. Beliau berkata proses permohonan mendapatkan geran dipermudah dengan hanya melibatkan tiga langkah, iaitu pendaftaran akaun di portal eGAN, pengisian borang permohonan dan penghantaran untuk penilaian oleh jabatan pembimbing.

“Lebih menarik, permohonan dibuka sepanjang tahun. Belia boleh merancang, bersedia dan memohon mengikut kesesuaian masing-masing tanpa perlu menunggu musim tertentu,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai program dan borang pendaftaran boleh diperoleh menerusi saluran rasmi Jabatan Pertanian Malaysia .
​

1767374873318.png
 
Back
Top
Log in Register