BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permohonan Geran Program Agropreneur NextGen Dibuka, Bantuan Sehingga RM50,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,390
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,390
Reaction score
346
Points
141
a6aca8d4e7af9726f5be1bba99784e496957dc2e5e5f2



Permohonan geran Program Agropreneur NextGen, inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang menyediakan bantuan sehingga RM50,000 dibuka bermula hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata program itu bagi menarik lebih banyak penglibatan belia dalam pertanian dan sebagai inisiatif strategik mengembangkan projek dalam bidang tanaman, ternakan dan perikanan dengan lebih tersusun, mampan serta berdaya saing.

“Melalui penjenamaan baharu ini, Agropreneur NextGen menyediakan bantuan geran dalam bentuk barangan bagi membantu keperluan projek, sama ada pada peringkat permulaan atau pengembangan,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Mohamad berkata bagi kategori Start-Up, bantuan sehingga RM30,000 disediakan manakala kategori Scale-Up pula layak menerima bantuan sehingga RM50,000 bergantung kepada keperluan serta skop projek dilaksanakan.

Beliau berkata proses permohonan mendapatkan geran dipermudah dengan hanya melibatkan tiga langkah, iaitu pendaftaran akaun di portal eGAN, pengisian borang permohonan dan penghantaran untuk penilaian oleh jabatan pembimbing.

“Lebih menarik, permohonan dibuka sepanjang tahun. Belia boleh merancang, bersedia dan memohon mengikut kesesuaian masing-masing tanpa perlu menunggu musim tertentu,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai program dan borang pendaftaran boleh diperoleh menerusi saluran rasmi Jabatan Pertanian Malaysia .

 
Back
Top
Log in Register