BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kadar bayaran pasport Malaysia 10 tahun RM350

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,841
Top Poster #9
Joined
Jun 28, 2011
Messages
43,841
Reaction score
7,407
Points
481
3540151.webp

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun dengan bayaran RM350, berbanding lima tahun ketika ini. Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun dengan bayaran RM350, berbanding lima tahun ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026 yang diterbitkan dalam Warta Kerajaan pada Rabu.

Menurut warta ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, individu berumur 60 tahun ke atas hanya dikenakan bayaran RM175.

Golongan orang kurang upaya (OKU) berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 pula layak mendapatkan pasport berkenaan secara percuma.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen Malaysia setakat ini belum mengumumkan secara rasmi tarikh pelaksanaan permohonan pasport 10 tahun itu.

Ketika ini, rakyat Malaysia dikenakan bayaran RM200 untuk pasport dengan tempoh sah laku lima tahun, manakala RM100 untuk warga emas.

Warta itu turut menetapkan kadar bayaran bagi menggantikan pasport yang rosak atau hilang, termasuk RM550 bagi penggantian pertama untuk warganegara berumur 13 hingga 59 tahun, meningkat daripada RM400 sebelum ini.

Penggantian kali kedua dikenakan RM850, manakala penggantian seterusnya RM1,350.

Bagi warga emas, penggantian pertama ialah RM375, kedua RM675 dan seterusnya RM1,175.

Pemegang kad OKU pula akan dikenakan RM200 untuk penggantian pertama, RM500 untuk kali kedua, dan RM1,000 bagi penggantian berikutnya.

 

Pasport baharu Malaysia dengan 94 ciri keselamatan mula dikeluarkan esok​


6206238716821443238_1782795365.jpg

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan passport Malaysia Antarabangsa baharu sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban (kanan) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua dari kiri) di perkarangan lobi Parlimen, Bangunan Parlimen Malaysia. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN


KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen akan mengeluarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang menampilkan 94 ciri keselamatan berbanding 49 sebelum ini bermula esok.

Antara teknologi keselamatan digunakan termasuk 'guilloche', 'latent image', 'rainbow printing', 'line width modulation', hologram serta cetakan ultraviolet (UV) yang direka bentuk bagi meningkatkan perlindungan terhadap pemalsuan, pengubahsuaian dan penyalahgunaan dokumen perjalanan negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata ciri keselamatan baharu itu membabitkan elemen visual, tersembunyi dan forensik, seiring perkembangan teknologi dan keperluan keselamatan global yang semakin kompleks.

paspot_1782795371.jpg

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat, kanan) melancarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan di Lobi Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA


Beliau berkata, PMA baharu ini membabitkan tempoh sah laku 10 tahun dengan kadar bayaran RM350, manakala bayaran bagi PMA dengan tempoh sah laku lima tahun kekal RM200.


"Buat permulaan, pasport akan dikeluarkan di 14 pejabat negeri terlebih dahulu termasuk di ibu pejabat bagi fasa pertama dan dijangka selesai hingga fasa ketujuh.

"Melalui peningkatan ciri keselamatan ini, ia lebih selamat dan sukar dipalsukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, PMA versi baharu itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di reruai Imigresen di lobi Dewan Rakyat, di sini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Zakaria turut menyerahkan pasport baharu kepada Perdana Menteri ketika majlis pelancaran itu.

Pada masa sama, Zakaria berkata purata pengeluaran pasport sebulan di negara ini kira-kira 180,000 hingga 220,000 dan dengan adanya versi baharu ini, kadar pengeluarannya dijangka meningkat susulan permintaan tinggi.

"Namun saya mohon rakyat Malaysia tidak tergesa-gesa menukar sekiranya pasport sedia ada masih sah tempoh lakunya.... hanya yang sudah tamat ataupun yang hendak memohon baharu, bolehlah meneruskannya," katanya.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), pengenalan PMA struktur baharu ini satu langkah transformasi penting dalam memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan negara selain memberikan lebih kemudahan dan nilai tambah kepada rakyat Malaysia.

KDN memaklumkan bermula esok, warganegara berusia 18 tahun ke atas akan mempunyai pilihan untuk memohon PMA dengan tempoh sah laku sama ada lima atau 10 tahun mengikut keperluan pemohon.

"Pengenalan pasport 10 tahun ini dijangka mengurangkan kekerapan pembaharuan pasport, menjimatkan masa pengguna serta memudahkan urusan perjalanan dalam dan luar negara.

"Pengenalan tempoh sah laku 10 tahun ini turut memberi penjimatan RM50 kepada pemohon berbanding kos pembaharuan pasport lima tahun yang perlu dilakukan dua kali bagi tempoh sama," katanya.

Pasport Malaysia kekal antara paling berkuasa di dunia

Menurut KDN, Malaysia antara negara terawal di dunia memperkenalkan e-Pasport sejak 1998.

Katanya, PMA struktur baharu ini meneruskan tradisi itu dengan mengintegrasikan teknologi keselamatan terkini yang mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO).

"Ia sekali gus memastikan pasport Malaysia terus diiktiraf sebagai dokumen perjalanan yang selamat dan dipercayai di peringkat antarabangsa.

"Selain aspek keselamatan, PMA struktur baharu turut mengetengahkan identiti nasional menerusi elemen sejarah, warisan budaya dan simbolik sistem Raja Berperlembagaan.

"PMA versi baharu memperkenalkan rama-rama Rajah Brooke's Birdwing sebagai identiti baharu pasport Malaysia menggantikan Bunga Raya sebagai ikon utama untuk PMA sedia ada," katanya.

Menurut KDN, ikon utama baharu itu diperkenalkan sebagai lambang keunikan biodiversiti dan khazanah alam

semula jadi negara.

Katanya, mesin pencetak generasi baharu yang digunakan berkeupayaan mencetak sehingga 60 pasport sejam bagi menyokong keperluan pengeluaran semasa.

"Pasport Malaysia kini terus berdiri sebagai antara pasport paling berkuasa di dunia. Pengenalan PMA struktur baharu ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan dokumen perjalanan negara kekal selamat, moden, dipercayai dan setanding dengan amalan terbaik antarabangsa," katanya.

 

Pasport sah laku lebih 10 tahun: Pengguna kena beli tiket di kaunter - KP Imigresen​


1786502844811.jpeg

Kakitangan Bahagian Keselamatan dan Pasport, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya, Norshahida Zolkifly menunjukkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan, selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lobi Parlimen, pada 30 Jun. - Foto fail BERNAMA


KUALA LUMPUR: Perundangan sedia ada, sama ada di peringkat antarabangsa mahupun domestik tidak menghalang mana-mana negara mengeluarkan pasport dengan tempoh sah selama atau lebih 10 tahun.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata tempoh sah pasport yang panjang juga tidak menghalang individu melakukan penerbangan ke mana-mana destinasi antarabangsa.

Beliau turut menafikan faktor tempoh sah laku pasport yang panjang menjejaskan pengguna, terutama ketika berdepan tindakan penguatkuasaan dan kawalan sempadan.

"Bagaimanapun, isu mungkin timbul dengan sebahagian syarikat penerbangan bagi urusan tempahan tiket sahaja dan kita memang terima beberapa aduan mengenai perkara ini.

"Dari segi kawalan sempadan, tiada isu (jika pasport dikeluarkan dengan tempoh sah laku selama atau lebih 10 tahun).

"Justeru, Malaysia memuktamadkan keputusan untuk mengehadkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun maksimum, selain sudah membuat pemakluman kepada syarikat penerbangan antarabangsa," katanya kepada BH.

Beliau mengulas dakwaan tempoh sah laku pasport Malaysia selama 10 tahun melebihi had dibenarkan sistem dikenali 'DHA' yang tular di platform media sosial.

Hantaran pengguna dikenali Nurhamizah Zaid, mendakwa keadaan itu menyebabkan beliau dan beberapa individu lain mengalami kesukaran untuk melakukan penerbangan ke destinasi antarabangsa susulan tempoh sah laku pasport mereka.

Nurhamizah yang dipercayai ejen pelancongan mendakwa keadaan itu turut menyebabkan pelanggannya tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat, selain berdepan masalah berkaitan bagasi.

Kena beli tiket di kaunter

Dalam pada itu, Zakaria berkata, warga Malaysia yang memiliki pasport dengan tempoh sah selama 10 tahun dan mahu membuat penerbangan bagi laluan antarabangsa perlu membuat urusan pembelian tiket di kaunter.

Beliau berkata, ini bagi membolehkan syarikat penerbangan terbabit membuat pengesahan langsung berhubung tempoh sah pasport dengan tempoh sah selama 10 tahun itu.

"Kita tidak mengeluarkan dokumen sokongan bagi mengesahkan pasport dengan tempoh sah 10 tahun milik individu persendirian sebagai dokumen perjalanan sah.

"Mereka bagaimanapun hanya perlu membuat urusan pembelian tiket di kaunter, sekali gus membolehkan proses pengesahan dilakukan secara terus di situ," katanya.

1786503061463.jpeg

Hantaran Nurhamizah di FB mengenai kesukaran dihadapi berikutan tempoh sah laku pasport mereka lebih 10 tahun


 
Back
Top
Log in Register