BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasport 10 Tahun: JIM Seragam Tempoh Sah Laku, Ganti Percuma Pasport Terjejas

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pasport 10 Tahun: JIM Seragam Tempoh Sah Laku, Ganti Percuma Pasport Terjejas​

42e85e3aca7526cf7b31ddda8efb6b356a47b390a7c87

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Zakaria Shaaban
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkuat kuasa serta-merta menghentikan tempoh sah laku Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) melebihi 10 tahun sehingga isu diselesaikan dengan syarikat penerbangan dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata pemegang PMA terbabit juga diberikan keutamaan dalam urusan penggantian pasport, selain surat pemberitahuan akan dikeluarkan kepada semua syarikat penerbangan bagi membantu pengembara Malaysia yang terjejas di luar negara.

Beliau berkata langkah itu diambil susulan beberapa pemegang PMA dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun menghadapi masalah ketika proses daftar masuk dengan beberapa syarikat penerbangan di luar negara.

"Bagi menangani kekeliruan ini, jabatan menetapkan bahawa tempoh sah laku maksimum bagi PMA adalah selama 10 tahun sahaja.

"Penetapan ini bertujuan menyeragamkan tempoh sah laku PMA serta mengelakkan kekeliruan berkaitan keperluan tambahan tempoh sah laku enam bulan yang ditafsirkan secara berbeza oleh sesetengah syarikat penerbangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata JIM mengambil maklum berhubung isu tular kesulitan perjalanan ke luar negara yang dialami oleh beberapa pemegang PMA dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun.

Beliau berkata JIM telah merujuk perkara tersebut kepada pihak ICAO dan maklum balas yang diterima tidak menghalang pelaksanaan tempoh PMA melebihi 10 tahun.

"Walau bagaimanapun, kekeliruan mula timbul apabila beberapa pemegang PMA melebihi 10 tahun menghadapi masalah semasa pendaftaran masuk dengan beberapa syarikat penerbangan di luar negara," katanya.

Zakaria berkata JIM komited memastikan pelaksanaan PMA sentiasa ditambah baik bagi memberikan kemudahan kepada rakyat serta memastikan urusan perjalanan antarabangsa dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan teratur.

 
Back
Top
Log in Register