BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JIM Tahan Lelaki Warga Bangladesh Berkaitan Hantaran Tular Pemilikan Dua Pasport

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

JIM Tahan Lelaki Warga Bangladesh Berkaitan Hantaran Tular Pemilikan Dua Pasport​

b39749ace1b9f732d05c78c97cbadbb96a29186f474f3


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang lelaki warga Bangladesh di Kuantan, Pahang semalam bagi membantu siasatan berhubung pemilikan dua pasport didakwa Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dan pasport Bangladesh.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban menerusi kenyataan berkata susulan risikan, enam pegawai JIM telah menahan lelaki berkenaan di sebuah kontena di sekitar Jalan Kuantan Bandar Damansara di negeri itu pada 6.30 petang.

“Pemeriksaan lanjut dan penggeledahan yang dijalankan di dalam kontena telah menemukan dua naskhah PMA yang telah tamat tempoh sah laku masing-masing pada 25 April 2017 dan 25 Okt 2022, serta senaskhah Buku Perkhidmatan Pelaut milik seorang warga tempatan,” katanya.

Zakaria berkata lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Pejabat Imigresen Kuantan bagi membantu siasatan.

“JIM sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pemilik sebenar kedua-dua naskhah PMA dan Buku Perkhidmatan Pelaut berkenaan.

“Ia termasuk menyiasat kebarangkalian wujud unsur pemilikan tanpa kebenaran, penyalahgunaan dokumen perjalanan atau apa-apa kesalahan lain di bawah undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa setiap dakwaan berkaitan penyalahgunaan atau pemilikan dokumen perjalanan Malaysia dipandang serius, dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Sebelum ini tular dalam platform media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh memegang dua pasport yang didakwa melibatkan PMA dan pasport Bangladesh

 
Back
Top
Log in Register