BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Sembilan Warga Bangladesh Di Gua Musang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

Polis Tahan Sembilan Warga Bangladesh Di Gua Musang​

efcfb62f88ec3d204fc01a094e82d5456a9625a53efd2

Kredit: IPD Gua Musang

Polis menahan sembilan warga Bangladesh selepas gagal mengemukakan pasport dan dokumen perjalanan yang sah di Jalan Kuala Lipis-Gua Musang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata kesemua lelaki terbabit ditahan selepas kenderaan Perodua Alza berwarna putih yang dinaiki mereka didapati dalam keadaan mencurigakan.

"Mereka ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bertam kira-kira 11.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua individu berusia antara 20 hingga 30 tahun itu gagal mengemukakan pasport atau dokumen perjalanan sah bagi membuktikan kebenaran mereka memasuki Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 55E, Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

"Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti status imigresen kesemua individu berkenaan dan menyiasat penglibatan pihak lain yang terlibat dalam kegiatan terbabit," katanya.

 
diaorg nie memang nak jadi salah satu kaum yg ada dlm malaysia...dia cakap kalau cina dgn india boleh diterima melayu kenapa tidak bangla?awek melayu cantik putih2...awek bangla yg cantik2 simpan sana jgn bagi org luar kawin dgn dia...awek melayu kawin cukup haul boleh minta warganegara...bini kat bangla ada kat malisia pun ada...bisnes pun ada...banyak untung laa...itu prinsip diaorg...nak untung saja...
 
Back
Top
Log in Register