BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kuota Subsidi RON95 Hilang: Polis Tahan Juruwang Warga Bangladesh

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
0938c6231aedcbc9c6157060da7e06d768d3b16c85db8


Polis menahan seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes kehilangan kuota petrol subsidi Budi MADANI RON95 (BUDI95) yang disyaki digunakan pihak lain di Kupang, Baling, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Brandon Richard Joe berkata penahanan itu adalah susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh seorang peniaga berusia 57 tahun dari Selangor yang mendakwa kuota subsidi BUDI95 miliknya telah hilang.

"Pengadu mendakwa menyedari perkara itu semasa berada di sebuah stesen minyak di Setia Alam, Shah Alam kira-kira 4.48 petang 8 April lepas, sebelum sebelum membuat semakan melalui aplikasi BUDI95.

"Hasil semakan mendapati terdapat transaksi pengisian minyak subsidi RON95 menggunakan nombor kad pengenalan pengadu di sebuah stesen minyak di Padang Lengkuas, Kupang, Baling," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Siasatan lanjut mendapati berlaku enam transaksi pengisian minyak RON95 menggunakan nombor kad pengenalan pengadu membabitkan 309.038 liter minyak bernilai RM1,242.33, bermula 18 Mac hingga 8 April lepas.

Berikutan itu, Brandon berkata warga Bangladesh berusia 34 tahun yang juga juruwang stesen minyak itu direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau berkata polis turut mengesan seorang individu warga tempatan yang dipercayai turut terlibat dalam kes itu.

 
Back
Top
Log in Register