Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,768
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,768
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Daripada hampir dua jam di dapur untuk menyiapkan produk jualan, seorang usahawan kecil di sini kini boleh menarik nafas lega apabila dapat menjimatkan proses memasak dengan peralatan baharu yang lebih efisien.
Rutin itu mula berubah selepas beliau menerima pembiayaan sebanyak RM5,000 di bawah program kerjasama Agrobank dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bagi program pembangunan usahawan asnaf.
Hampir sedekad mengusahakan perniagaan makanan, pasangan Nordiana Mesnon, 36, dan suaminya Aidil Nor Abdul Majid, 45, mengendalikan perniagaan mereka tanpa pembantu sejak 2021.
Sehubungan itu, sokongan kewangan berkenaan membantu melancarkan lagi operasi perniagaan mereka.
Nordiana berkata pembiayaan itu digunakan untuk membeli dan menaik taraf peralatan seperti dapur tiga tungku, sinki dan peralatan gril.
"Sebelum ini saya hanya menggunakan dapur biasa tetapi sekarang dengan adanya dapur tiga tungku, kita boleh memasak serentak. Satu jam boleh siap masak, kerja juga menjadi lebih cepat," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Ibu kepada empat anak itu berkata perubahan berkenaan turut meningkatkan keupayaan menyediakan menu dalam kuantiti lebih banyak, termasuk roti canai yang kini boleh dihasilkan dua kali ganda berbanding sebelum ini.
“Kalau dulu lima keping sekali, sekarang boleh sehingga 10 keping,” katanya.
Program Agrobank-MAINJ Pertingkat Kecekapan Usahawan Kecil
pembiayaan, Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah, usa