BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agrobank Sasar Pembangunan 10,000 Usahawan Menerusi Halal@Agrobank

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141

Agrobank Sasar Pembangunan 10,000 Usahawan Menerusi Halal@Agrobank​

6514b4c05c6819663b102635fb6236776a649635508c2

281228d4d6bbbed42786226bb0d0dd4c6a64960ae8629

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin ketika ditemu bual pemberita pada Majlis Pelancaran Halal@Agrobank bersempena Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEX) 2026 dan Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (HUBPP) di Politeknik Seberang Perai (PSP), Permatang Pauh.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


BUKIT MERTAJAM, 25 Julai (Bernama) – Agrobank menyasarkan pembangunan 10,000 usahawan, khususnya daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi inisiatif Halal@Agrobank dalam tempoh lima tahun bagi memperkukuh penyertaan usahawan agromakanan dalam ekosistem halal negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata menerusi Pelan Hala Tuju Halal Agrobank 2026-2030, bank itu turut menetapkan sasaran 1,500 perniagaan memperoleh pensijilan halal dan pensijilan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata Agrobank juga menyediakan pembiayaan halal berjumlah RM1 bilion serta menyasarkan pembangunan 300 pengeksport dengan nilai eksport berjumlah RM2 bilion dalam tempoh berkenaan.

“Menurut laporan Malaysia Halal Export Performance 2021-2025 oleh Halal Development Corporation (HDC), nilai ekosistem halal global dijangka mencecah antara USD9.5 trilion dan USD10.5 trilion menjelang 2030, menjadikannya antara ekosistem ekonomi terbesar dan paling pesat berkembang di dunia.

“Ini membuka peluang besar kepada usahawan agromakanan tempatan untuk meningkatkan daya saing, memenuhi piawaian halal yang ditetapkan dan menembusi pasaran halal yang lebih luas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tengku Ahmad Badli Shah ditemui pada Majlis Pelancaran Halal@Agrobank sempena Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEX) 2026 dan Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (HUBPP) di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh di sini hari ini.

Majlis pelancaran PIHEX dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hadir sama ialah Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abd Hamid dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata inisiatif itu menyediakan sokongan menyeluruh kepada usahawan, merangkumi pembiayaan, pembangunan kapasiti, bimbingan perniagaan, kesiapsiagaan pensijilan halal serta pengukuhan akses pasaran.

Inisiatif Halal@Agrobank, menurut beliau diwujudkan bagi membantu usahawan memahami keperluan sebenar industri halal dan menyediakan mereka untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi bukan sahaja dari aspek pensijilan, tetapi juga dari segi pembiayaan, produktiviti, penjenamaan dan pengembangan pasaran.

 
Back
Top
Log in Register